Friday, December 31, 2010

Kejayaan Tahun 2010 DiPegang Teguh, Kejayaan 2011 DiGapai Genggam

Tahniah kepada semua pejuang HEBAT Taipan 181 kerana melalui pahit getir perjuangan perniagaan bersama. Segala rintangan yang dihadapi KELMARIN  memungkinkan kemenangan kita ESOK. Yang pasti Akademi Taipan sentiasa menyediakan BIMBINGAN kepada sesiapa yang ingin berjaya. Jangan difikirkan kekecewaan tahun 2010 kerana semuanya tersimpan seribu hikmah yang menjanjikan kemanisan bagi mereka yang mencari kebaikan. 

Harus difikirkan tentang kejayaan ESOK dan tindakan yang akan dilakukan untuk mengharungi segala cabaran tahun 2011. Jangan disangkal kemungkinan tahun 2011 menjadi titik tolak perjuangan kita berada di kemuncak janji BUAT, BUAT dan terus BUAT. MENGELUH bukan jalan penyelesaian kepada menangani masalah dalam perniagaan. 

Bekerja keras bukan penentu kepada kejayaan tetapi bekerja secara bijaksana jalan menuju kepada kejayaan. Ramai yang bekerja keras tetapi kurang bijak menangani masalah hingga kadang kala 'tersungkur'. Ramai juga yang bekerja keras dengan bijaksana tetapi kadang kala 'tersungkur namun golongan ini cepat bangkit untuk meneruskan perjuangan perniagaan.

Dekatkan diri kita kepada Akademi Taipan 181 kerana disitulah kita dididik menjadi usahawan yang bekerja keras secara bijaksana. Hasilknya pasti menimbulkan saat kepuasan sebenar bersama rakan kongsi. Perniagaan ini MUDAH dan INDAH bagi mereka yang benar-benar mendekatkan diri bersama Akademi. Tidak ada yang nampak susah dan payah kerana jiwa sudah dididik menjadi pahlawan kental.

Bagi mereka yang menjauhkan diri dari Akademi Taipan 181 tiada yang MUDAH dan INDAH melainkan segalanya nampak SUSAH kerana minda tidak dididik menjadi usahawan berjaya tetapi ditanam dengan jiwa usahawan mengeluh tanpa usaha. Pertimbangankan untuk berjaya bersama Akademi atau GAGAL bersama diri sendiri tidak mahu dipimpin bersama.

Friday, December 24, 2010

Akademi Taipan 181 : Pengukuhan Demo MUDAH BiozoneFoodPurifier







Tanggal 25hb Disember tarikh keramat untuk menyambut Krismas. Bagi kami usahawan Akademi Taipan 181, tarikh ini kami gunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan taraf hidup sejajar dengan dengan kenaikan harga barang yang melampau kini. Sesiapapun perlukan pendapatan lebih hari ini berikutan dengan cabaran taraf hidup semakin menjadi jadi sejak akhir-akhir ini. 

Atas keprihatinan itu, Akademi Taipan 181 bertanggungjawab mengadakan Kelas Pengukuhan akan diadakan esok 25hb Disember 2010 jam 9.30 pagi bertempat di Pekan Saratok, Sarawak bersama DDM Kunaini Bin Bohri. Tujuan Pengukuhan ini diadakan untuk mendedahkan usahawan baru dengan produk terhebat Hai-O Marketing Biozone Food Purifier dan demo mudah menggunakan produk baru ini. 

Selain itu, usahawan baru juga didedahkan dengan cara mengatasi setiap cabaran yang bakal ditempuhi sepanjang berdemo menggunakan produk ini. Tidak ketinggalan membincangkan tentang cara fight untuk melancong percuma ke Hong Kong.

Sunday, December 19, 2010

Hai-O Jus Spirulina


Produk hebat ini sesuai untuk mereka yang mengalami masalah asma dan sesuai untuk semua lapisan umur termasuk kanak-kanak berdasarkan testimoni nyata. Untuk keterangan lanjut sila layari laman facebook KUNAINI BOHRI. Terima kasih.

Hai-O Biozone Food Purifier


Produk ini mampu menyingkirkan bahan kimia yang terdapat di dalam makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ayam, daging dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut sila layari laman Facebook KUNAINI BOHRI.Terima kasih.

Saturday, December 18, 2010

Hai-O Celgynic, Spirulina & Garlic

Kehebatan Produk Hai-O Marketing (berkesan untuk pesakit kencing manis, darah tinggi, asma, gastrik, jerawat, keguguran rambut).

Untuk keterangan lanjut mengenai produk ini, sila hubungi saya melalui laman Facebook. Terima kasih.

Biztalk Gempur HONG KONG Pusa

Tahniah warga Pusa Betong Sarawak hari ini 18hb Disember 2010 kerana berjaya memberi peluang untuk berjaya bersama Akademi Taipan 181. Semoga usaha murni ini dapat meningkatkan momentum perniagaan kita warga Taipan 181. 

Semangat orang-orang Pusa hari ini sungguh LUAR BIASA hebat. Peluang melancong Trip VVIP ke Hong Kong Pasti dalam genggaman sekiranya kita bekerja HARI INI bukan ESOK. Ramai orang di luar sana yang inginkan peluang ini tetapi mereka tidak tahu mana puncanya sekiranya kita tidak sebarkan. Ayuh panglima-panglima HEBAT Taipan berjuang bersama-sama kami untuk Gempur HONG KONG.