Friday, May 6, 2011

Seminar Dimensi Baru Akademi Taipan 181

Masam Masam Manis Sepanjang Seminar Dimensi Baru Akademi Taipan 181 Quality Hotel Shah Alam Selangor.


Akademi Taipan 181 ada di mana-mana sahaja, ada di Utara, Sabah dan Sarawak. Sesiapa sahaja boleh menerima bimbingan HEBAT kami.


Sempat merakam kenangan bersama penceramah hebat En. Roslan Muhammad di depan Quality Hotel Shah Alam Selangor.




Panglima Taipan Sabah dan Sarawak bergandingan pose tanda sama rumpun, sama tandan, sama tanah dari kepulauan Borneo. Boleh bah kalau kau........


Ambil aura CDM Muhammad Razali, CDM Pak Su dan 
DDM Pak Long.


Merakam saat-saat berniaga bersama CDM Muhammad Razali dan CDM Pak Su. Kekentalan semangat begini amat diperlukan untuk mewujudkan suasana berniaga.


Cikgu Dan Mentor CDM Faridah Mohd. Ali sentiasa memberi semangat walau sedang makan sekalipun.



Amboi....Kak Anum berpinggan-pinggan sudah tu...2 gelas lagi jus tu..guava ada, oren pun ada.


Kak Ayu mesti ingat makan kat Makan-Makan Cafe kat Perth Australia ni. Boleh laa......




Perempuan 2 orang ni memang tak boleh tengok lensa kamera...pose sakan. Ingat ni Perth Australia ker.....



Gaya usahawanita berjaya dan mempunyai semangat juang yang kental. Macam finalis Gadis Melayu Final pulak ni.....



Bersama Pakar Motivasi Akademi Taipan 181 CDM Faridah Mohd. Ali yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar dan membakar semangat berniaga besar.



CDM Fitri tidak putus-putus berkongsi resepi kejayaan biarpun jauh beribu batu di utara. Inilah kehebatan dan keunggulan Akademi Taipan 181 tidak kira di mana sekalipun tetap bersama dan bersatu selamanya.


Sama cantik sama padan, sama pakai sama guna produk yang sama Bioever dan Premium Beautiful. Langsung tiada beza walaupun usia sangat berbeza.



Yang ini pulak sama kacak dan sama manis.....Bersama Tuan Haji Hanim penceramah yang sentiasa memberi suntikan untuk kekal bersemangat untuk berniaga.



Ini pulak jurufoto menunjukkan aksi manja kepada bakal pengantin yang nak cuba pose untuk majlis Pra Perkahwinan. OK tak gaya macam ni bersama Encik Yayang??



Merakam kenangan dan mengambil aura berniaga bersam CDM otai yang sangat pemurah ilmu dan besar hati. Betapa beruntungnya siapa yang sertai 
Akademi Taipan 181.



Kekuatan Akademi Taipan 181 terletak pada semangat setiakumpulan dan sentiasa menampilkan citra usahawan yang berniaga besar dan tidak berhenti.



Selamat Hari Lahir CDM Kamaruddin Mamat...ikhlas dari roomate Perth Australia.



Go..Go..Go..Taipan. Bersama dan Bersatu Selamanya.



Panglima Zon Utara menyahut cabaran berniaga 
5 juta......Pasti boleh....


Wednesday, April 20, 2011

Gerbang Ilmu Akademi Taipan 181 : RAHSIA Mengurangkan Penolakan.


AKADEMI TAIPAN 181 SEDIA MEMBIMBING.
Kita mengalami pelbagai penolakan pendapat serta kritikan daripada prospek dan pelanggan. Ini telah menjadi asam garam dalam perniagaan MLM. Kita mesti mengetahui beberapa rahsia bagi mengurangkan dan memberhentikan penolakan daripada prospek dan pelanggan. Berikut adalah lima rahsia mengurangkan penolakan berdasarkan pengalaman sendiri setelah berkecimpung dalam perniagaan bersama AKademi Taipan 181 selama setahun ini.

1. Memahami perasaan.

Katakan prospek mengatakan mereka pernah mengalami pengalaman buruk sewaktu menyertai syarikat MLM suatu ketika dahulu. Kita mesti memahami perasaan mereka dengan menyatakan :-

- "Saya memahami perasaan saudara".

- "Saya pernah mengalami pengalaman seperti saudara suatu masa dahulu".

2. Bersetuju.

Berikan persetujuan kepada pendapat mereka. Bersetuju bukan bermakna kita tewas tetapi bersetuju adalah untuk menapak dalam hati prospek atau pelanggan. Apabila kita berjaya menapak dalam hatinya, senang kita berikan pendapat kita sendiri. Katakan prospek mengatakan produk kita tawarkan itu terlalu mahal. Kita nyatakan :-

- "Ya....saya bersetuju harga itu mahal".

- "Saya bersetuju dengan pendapat saudara".

- "Saya bersetuju dengan apa yang saudara nyatakan".

3. Meminta Maaf.

Sewaktu kita menelefon prospek mahupun bakal pelanggan, kita mesti mulakannya dengan meminta maaf. Ini disebabkan kita telah meminta mereka meluangkan sedikit masa untuk berjumpa dengan kita.

- "Hello Encik Kamarazzaman, saya minta maaf kerana mengganggu awak. Saya ada satu peluang hebat mahu dikongsikan denga awak. Bolehlkah kita berjumpa sambil makan atau minum di satu tempat kalau awak ada kelapangan".

4. Menyoal.

Kita juga boleh menyoal prospek bagi mendapatkan maklumat lanjut daripada mereka. Menyoal adalah bagi mengumpul maklumat serta memberikan penerangan semula kepada mereka. Berikut adalah contoh soalan yang boleh diberikan.

- "Sebentar tadi, saudara ada menyatakan harga produk ini mahal. Boleh saya tahu, adakah saudara tahu akan kualitinya?"

- "Bolehkah saudara berikan saya masa untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya berkenaan perniagaan ini?"

Selepas kita mendapatkan jawapan daripada soalan yang dikemukakan, barulah kita boleh berikan pendapat kita. Contohnya :-

- "Saudara, walaupun produk itu mahal tetapi kualitinya jauh lebih berharga daripada harganya berdasarkan testimoni dan bukti-bukti daripada pelanggan yang menggunakannya. Buktinya ada di sini."

5. Terima Kasih.

Bilakah masa yang sesuai untuk kita mengucapkan terima kasih?Kita boleh ucapkan terima kasih sewaktu prospek atau pelanggan mengkritik kita, syarikat, produk dan MLM.

- "Terima kasih di atas komen yang saudara berikan kepada saya."

- Teguran saudara saya jadikan sebagai azimat. Saya akan betulkan setiap kelemahan dan kekurangan diri saya."

- "Terima kasih di atas keprihatinan saudara meluangkan masa bersama saya sebentar tadi."

Ucapan terima kasih dapat mengurangkan rasa penolakan prospek terhadap kita. Mereka lebih terbuka untuk menerima setiap tawaran yang kita sajikan kepada mereka.


Pakej Perlancongan Bersama Akademi Taipan 181 Ke Kota Perth Australia 2011.

Bingkisan Dari Kota Perth Australia


Terpegun menyaksikan pemandangan indah kota Perth waktu petang. 

 Merakam kenangan bersama rakan niaga yang lain setibanya di Perth.



Usahawan Akademi Taipan 181 gah dan cukup bersemangat di bumi Perth di hari pertama lagi.



Mengambil aura dari otai CDM Kamaruddin Mamat. Segalanya tidak mustahil dalam perniagaan hebat ini.



Tidak melepaskan peluang beraksi di hadapan pintu South Perth Esplanade.



Terpampang papan tanda menunjukkan bandar Perth.



Puas setelah menjamah makanan di kedai melayu di Perth. Macam-macam menu ada yang penting ikan masak asam dan teh tarik.



Hotel Citigate yang menjadi tempat persinggahan selama 4 hari 3 malam. Menyediakan perkhidmatan 5 bintang untuk usahawan Akademi Taipan.



Berkongsi ilmu dan pendapat bagaimana nak mantapkan perniagaan apabila balik nanti.



Menikmati keindahan bangunan di Perth. Menyajikan rekaan yang mungkin menghasilkan idea dalam perniagaan.



Merakam kenangan bersama GM di King Park.



Gaya seorang pemimpin berilmu dan sentiasa meningkatkan pengetahuan. Jom beli buku ilmiah untuk tambah ilmu dalam perniagaan.



Ini gaya apa pulak......gaya model nak tuntut ilmu walaupun buku sekadar dipinjam.



Pemandangan dari atas bukit King Park sambil merakam kenangan bersama warga tempatan. Orang Malaysia memang peramah.



Tidak puas merakam kenangan untuk dibawa balik nanti. Mesti ambil foto puas-puas sebagai bahan bukti kepada prospek.



Aksi yang tidak dirancang tetapi tetap menawan dengan pose selamba.



Ini pulak aksi yang dirancang dengan sempurna walaupun juru fotonya masih lagi amatur.


 Merakan kenangan di pintu masuk Muzium Maritim.



Ini bukan tempat penggambaran filem Raaz tetapi aksi ini mengingatkan kita filem Bollywood seram itu. Muka semuanya tegang setelah menikmati juadah Fish & Chips.



Ini bukan pegawai Maritim tetapi pelancong yang menerima insentif percuma.


Ini tempat yang menjadi rebutan pelancong lain untuk merakam kenangan tetapi kami yang mendahului. Jangan bagi peluang kepada yang lain. Kena pandai rebut peluang walaupun sekadar bergambar.



Aksi panas dan puas setelah kenyang menikmati Fish & Chips.



CDM Kamaruddin pun tak melepaskan peluang buat pose hebat. Pengaruh rakan tidak sebaya tu.



Fremantle Market tempat hebat untuk membeli belah. Harga amat berpatutan dan menyediakan tempat yang banyak pilihan ole-ole.


Suasana yang tidak pernah diimpikan akhirnya tertunai. Kalau tidak dengan perniagaan ini mustahil boleh sampai di Bumi Perth. Ahlamdulillah......



Sempat membelai kanggaru yang sedang baring.



Jinak betul kanggaru kat sini.



Niat baik nak bagi kanggaru makan tetapi jari pulak kena gigit.



Ibu yang sayang akan anaknya. Tetap berada di dalam kantung untuk keselamatan anak kesayangannya.


DDM Syukri begitu prihatin dengan hidupan di Caversham.



Farm Show di Taman Hidupan Liar Caversham.



Berlatarbelakang kambing biri-biri selepas acara demo.



Pejuang Akademi Taipan tetap bersama dan bersatu selamanya. 1 Hati 1 Impian 1 Taipan.


Puas setelah penat bermain dengan kanggaru Australia. Benar-benar berbaloi apabila menyertai perniagaan bersama Akademi Taipan 181.



Satu-satunya masjid di Perth Australia. Terharu dan sangat bersyukur bertemu dengan tenpat ibadat di negara asing.


Masjid yang cukup gah di tengah-tengah kesibukan bandar Perth.



Panglima Utara tidak ketinggalan merakam kenangan di masjid Perth Australia.



Bukan lakonan tetapi benar-benar bersyukur akhirnya kaki dapat melangkah ke negara Australia.



Sempat pose sebelum makan malam bermula.



CDM Fitri berkongsi pengalaman sepanjang penglibatan bersama Akademi Taipan 181.



Tetap bersama tanda 1 Hati 1 Impian 1 Taipan.......Gala Dinner Seminar Seberang Laut Australia.



Pasti suatu hari pangkat tertinggi CDM dalam genggaman. Di Australia masih di hujung jari tetapi balik ke Malaysia nanti pasti digenggam rapi.