Wednesday, April 20, 2011

Gerbang Ilmu Akademi Taipan 181 : RAHSIA Mengurangkan Penolakan.


AKADEMI TAIPAN 181 SEDIA MEMBIMBING.
Kita mengalami pelbagai penolakan pendapat serta kritikan daripada prospek dan pelanggan. Ini telah menjadi asam garam dalam perniagaan MLM. Kita mesti mengetahui beberapa rahsia bagi mengurangkan dan memberhentikan penolakan daripada prospek dan pelanggan. Berikut adalah lima rahsia mengurangkan penolakan berdasarkan pengalaman sendiri setelah berkecimpung dalam perniagaan bersama AKademi Taipan 181 selama setahun ini.

1. Memahami perasaan.

Katakan prospek mengatakan mereka pernah mengalami pengalaman buruk sewaktu menyertai syarikat MLM suatu ketika dahulu. Kita mesti memahami perasaan mereka dengan menyatakan :-

- "Saya memahami perasaan saudara".

- "Saya pernah mengalami pengalaman seperti saudara suatu masa dahulu".

2. Bersetuju.

Berikan persetujuan kepada pendapat mereka. Bersetuju bukan bermakna kita tewas tetapi bersetuju adalah untuk menapak dalam hati prospek atau pelanggan. Apabila kita berjaya menapak dalam hatinya, senang kita berikan pendapat kita sendiri. Katakan prospek mengatakan produk kita tawarkan itu terlalu mahal. Kita nyatakan :-

- "Ya....saya bersetuju harga itu mahal".

- "Saya bersetuju dengan pendapat saudara".

- "Saya bersetuju dengan apa yang saudara nyatakan".

3. Meminta Maaf.

Sewaktu kita menelefon prospek mahupun bakal pelanggan, kita mesti mulakannya dengan meminta maaf. Ini disebabkan kita telah meminta mereka meluangkan sedikit masa untuk berjumpa dengan kita.

- "Hello Encik Kamarazzaman, saya minta maaf kerana mengganggu awak. Saya ada satu peluang hebat mahu dikongsikan denga awak. Bolehlkah kita berjumpa sambil makan atau minum di satu tempat kalau awak ada kelapangan".

4. Menyoal.

Kita juga boleh menyoal prospek bagi mendapatkan maklumat lanjut daripada mereka. Menyoal adalah bagi mengumpul maklumat serta memberikan penerangan semula kepada mereka. Berikut adalah contoh soalan yang boleh diberikan.

- "Sebentar tadi, saudara ada menyatakan harga produk ini mahal. Boleh saya tahu, adakah saudara tahu akan kualitinya?"

- "Bolehkah saudara berikan saya masa untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya berkenaan perniagaan ini?"

Selepas kita mendapatkan jawapan daripada soalan yang dikemukakan, barulah kita boleh berikan pendapat kita. Contohnya :-

- "Saudara, walaupun produk itu mahal tetapi kualitinya jauh lebih berharga daripada harganya berdasarkan testimoni dan bukti-bukti daripada pelanggan yang menggunakannya. Buktinya ada di sini."

5. Terima Kasih.

Bilakah masa yang sesuai untuk kita mengucapkan terima kasih?Kita boleh ucapkan terima kasih sewaktu prospek atau pelanggan mengkritik kita, syarikat, produk dan MLM.

- "Terima kasih di atas komen yang saudara berikan kepada saya."

- Teguran saudara saya jadikan sebagai azimat. Saya akan betulkan setiap kelemahan dan kekurangan diri saya."

- "Terima kasih di atas keprihatinan saudara meluangkan masa bersama saya sebentar tadi."

Ucapan terima kasih dapat mengurangkan rasa penolakan prospek terhadap kita. Mereka lebih terbuka untuk menerima setiap tawaran yang kita sajikan kepada mereka.


No comments:

Post a Comment