Friday, December 24, 2010

Akademi Taipan 181 : Pengukuhan Demo MUDAH BiozoneFoodPurifier







Tanggal 25hb Disember tarikh keramat untuk menyambut Krismas. Bagi kami usahawan Akademi Taipan 181, tarikh ini kami gunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan taraf hidup sejajar dengan dengan kenaikan harga barang yang melampau kini. Sesiapapun perlukan pendapatan lebih hari ini berikutan dengan cabaran taraf hidup semakin menjadi jadi sejak akhir-akhir ini. 

Atas keprihatinan itu, Akademi Taipan 181 bertanggungjawab mengadakan Kelas Pengukuhan akan diadakan esok 25hb Disember 2010 jam 9.30 pagi bertempat di Pekan Saratok, Sarawak bersama DDM Kunaini Bin Bohri. Tujuan Pengukuhan ini diadakan untuk mendedahkan usahawan baru dengan produk terhebat Hai-O Marketing Biozone Food Purifier dan demo mudah menggunakan produk baru ini. 

Selain itu, usahawan baru juga didedahkan dengan cara mengatasi setiap cabaran yang bakal ditempuhi sepanjang berdemo menggunakan produk ini. Tidak ketinggalan membincangkan tentang cara fight untuk melancong percuma ke Hong Kong.

No comments:

Post a Comment