Friday, December 31, 2010

Kejayaan Tahun 2010 DiPegang Teguh, Kejayaan 2011 DiGapai Genggam

Tahniah kepada semua pejuang HEBAT Taipan 181 kerana melalui pahit getir perjuangan perniagaan bersama. Segala rintangan yang dihadapi KELMARIN  memungkinkan kemenangan kita ESOK. Yang pasti Akademi Taipan sentiasa menyediakan BIMBINGAN kepada sesiapa yang ingin berjaya. Jangan difikirkan kekecewaan tahun 2010 kerana semuanya tersimpan seribu hikmah yang menjanjikan kemanisan bagi mereka yang mencari kebaikan. 

Harus difikirkan tentang kejayaan ESOK dan tindakan yang akan dilakukan untuk mengharungi segala cabaran tahun 2011. Jangan disangkal kemungkinan tahun 2011 menjadi titik tolak perjuangan kita berada di kemuncak janji BUAT, BUAT dan terus BUAT. MENGELUH bukan jalan penyelesaian kepada menangani masalah dalam perniagaan. 

Bekerja keras bukan penentu kepada kejayaan tetapi bekerja secara bijaksana jalan menuju kepada kejayaan. Ramai yang bekerja keras tetapi kurang bijak menangani masalah hingga kadang kala 'tersungkur'. Ramai juga yang bekerja keras dengan bijaksana tetapi kadang kala 'tersungkur namun golongan ini cepat bangkit untuk meneruskan perjuangan perniagaan.

Dekatkan diri kita kepada Akademi Taipan 181 kerana disitulah kita dididik menjadi usahawan yang bekerja keras secara bijaksana. Hasilknya pasti menimbulkan saat kepuasan sebenar bersama rakan kongsi. Perniagaan ini MUDAH dan INDAH bagi mereka yang benar-benar mendekatkan diri bersama Akademi. Tidak ada yang nampak susah dan payah kerana jiwa sudah dididik menjadi pahlawan kental.

Bagi mereka yang menjauhkan diri dari Akademi Taipan 181 tiada yang MUDAH dan INDAH melainkan segalanya nampak SUSAH kerana minda tidak dididik menjadi usahawan berjaya tetapi ditanam dengan jiwa usahawan mengeluh tanpa usaha. Pertimbangankan untuk berjaya bersama Akademi atau GAGAL bersama diri sendiri tidak mahu dipimpin bersama.

No comments:

Post a Comment