Bukti keratan akhbar yang mengiktirafan beberapa siri kejayaan perniagaan bersama Akademi Taipan 181.
Tuesday, April 12, 2011
Wednesday, April 6, 2011
Pakej Perlancongan Bersama Akademi Taipan 181 Ke Kota Switzerland 2010.
Video Pengembaraan Panglima Akademi Taipan SWITZERLAND 2010.
Bingkisan Dari Kota Switzerland.
Bingkisan Dari Kota Switzerland.
Sempat merasai rintik-rintik salji turun dari langit seperti hujan lebat. Pengalam yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Kawasan air terjun yang menyajikan pemandangan indah dengan hembusan pawana segar dengan kesejukan yang menyamankan. Sukar untuk dilupakan hari pertama menjejak kaki di Switzerland.
Sempat merakam kenangan bersama mentor Akademi Taipan 181 dari Sarawak. Kenangan yang akan dibaa balik sebagai lembaran kisah hidup yang cukup berharga.
Merasai kesejukan salji sebaik sahaja turun dari bas. Ketidaksabaran akhirnya tertunai apabila terharu dan terkedu menyaksikan pergunungan Titlis.
Tidak terkata keseronokan apabila impian bertemu idola Bollywood di puncak tertinggi Titlis. Terpacak patung pelakon terbilang filem Dilwale Dulhania Lejayengge Shah Rukh Khan dan Kajol.
Teruja pengalaman pertama bermain salji denagn pejuang Akademi Taipan di saat salji turun lebat. Saat yang sukar untuk dipercayai.
Menikmati keindahan dan keajaiban salji ciptaan Allah swt dan rasa syukur makin menebal di dalam hati tatkala salji dapat disentuh dengan jari jemari.
Tidak puas merakam kenangan sekali. Menggunakan peluang yang ada untuk bergambar kerana banyak permintaan untuk mengambil gambar di sudut ini.
Keindahan yang jarang kita jumpa di mana-mana kecuali di Switzerland. Pemandangan yang sangat indah dengan panorama pergunungan Alps yang memukau.
Bersama mentor terbilang Akademi Taipan 181 yang banyak memberi bimbingan sepanjang mengendalikan perniagaan luar biasa hebat ini.
Gandingan mantap rakan kongsi di atas kapal persiaran yang membawa panglima Taipan menyaksikan keindahan yang tidak puas di pandang walaupun berkali-kali.
Sempat merakam kenangan dalam pose istimewa yang sukar untuk dilakukan kali ke-2. Kejujuran jelas terpancar pada raut wajah yang penuh dengan keikhlasan.
Aksi ilham daripada pelakon Bollywood di atas hamparan permaidani menghijau pasti mengujakan dengan lensa kamera yang tidak pernah putus mengambil gambar dari sudut yang tepat.
Saat membeli belah di Jerman pasti tidak akan dilupakan bersama CDM Kartini, CDM Roshila, CDM Aida.
Gaya puas setelah sempat membeli beberapa utas jam tangan buatan asli Switzerland jenama Tissot. Kepuasan yang sukar untuk digambarkan bersama rakan niaga.
Tidak pernah terfikir bahawa akan sampai di bumi Switzerland pada tarikh keramat 23 Oktober 2010. Kalau tidak menyertai perniagaan bersama Akademi Taipan 'impian' untuk menjejak kaki di negara gerbang keindahan dunia ini tidak akan tercapai. Apatah lagi dengan kos percutian yang sangat mahal untuk dijejaki dengan pekerjaan sekarang. Bukan tidak mampu tetapi impian untuk menjejak kaki di Switzerland pasti tinggal mimpi. Dalam mimpi pun tidak berani untuk bermimpi melancong ke Switzerland. Tetapi alhamdulilah akhirnya hajat bermain salji terlaksana setelah 4 bulan mengikuti perniagan hebat ini.
Bercerita tentang percutian luar biasa hebat ini, tidak ada kata yang mampu dilafazkan apabila kapal terbang mendarat pada awal pagi. Berkelip-kelip mata menyaksikan keindahan di luar tingkap yang disangka itulah keindahan alam sebenar. Tapi sangkaan itu benar-benar meleset kerana pasti ada keindahan yang lagi hebat akan dilihat sepanjang percutian itu nanti. Dengan suhu mencecah 4 darjah celcius kami kedinginan keluar dari pintu kapal terbang....ikuti saat-saat manis diari perjalanan Akademi Taipan 181 sepanjang di bumi Switzerland.
SWITZERLAND sememangnya popular sebagai lokasi pilihan ramai pengarah filem Bollywood yang mahu mengabadikan keindahan negara itu sebahagian daripada karya mereka. Agaknya jika ditanya kepada mana-mana bintang popular filem hindi, mungkin semua pernah menjejakkan kaki ke sana merakamkan aksi sambil berlatarkan Banjaran Apls yang sepanjang masa diliputi salji. Jangan terkejut jika sebaik sahaja sampai di puncak Titlis, salah sebuah gunung di Banjaran Alps, terpacak patung hero dan heroin Bollywood pujaan ramai Datuk Shah Rukh Khan dan Kajol yang menjadi tarikan pengunjung sakaligus mengingatkan kita babak lagu romantis dalam filem Dilwale Dulhania Lejayengge yang dilakonkan pasangan itu di puncak salji berkenaan.
Hakikatnya, pasti semua turut menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke Switzerland yang digambarkan sebagai negara begitu indah dengan pemandangan. Bersama kumpulan rakan dari Akademi Taipan 181 yang menerima insentif seminar seberang laut, kami merasai pengalaman menaiki kereta kabel berputar ke puntak Titlis, destinasi percutian bagi peminat ski di seluruh dunia. Gunung Titlis terletak di Engelberg dan antara puncak pergunungan paling popular di Banjaran Alps selain puncak Jungfrau.
Sepanjang perjalanan mendaki Gunung Titlis, semua anggota rombongan begitu teruja menyaksikan pemandangan begitu indah untuk dikenang seumur hidup. Deretan pokok diliputi salji dan kesejukan mula terasa dari dalam bas. Salji semakin lebat memaksa pemandu memberhentikan kenderaan untuk memasang rantai beroda pada tayar bagi membolehkan kenderaan bergerak dalam salji tebal. Disebabkan bas berhenti agak lama, kami menyangka hajat untuk mendaki Titlis tidak kesampaian dan mungkin terpaksa berpatah balik. Rasa gundah terlerai selepas diberitahu wakil agensi pelancongan apa sedang dilakukan pemandu, lantas membuatkan anggota rombongan kembali tersenyum. Maklumlah ini pengalaman pertama menghadapi salji sebegitu tebal yang turut meliputi kenderaan yang diletakkan di kiri dan kanan jalan.
Tiada warna lain kelihatan di sekeliling kecuali putih. Keindahan sukar digambarkan dengan kata-kata menyebabkan setiap ahli rombongan tidak putus-putus merakamkan suasana indah itu. Untuk ke puncak Titlis, kami menaiki gondola memuatkan enam orang dari Stesen Engelberg ke Stesen Gerschnialp pada ketinggian 1,262 meter sebelum bertukar kepada elevator kotak yang boleh memuatkan 70 orang ke Stesen Trbsee 1,796 meter, seterusnya menaiki kereta kabel berputar untuk ke Stesen Stand 2,428 meter. Ada sesuatu yang menarik dalam kereta kabel berputar yang boleh memuatkan kira-kira 50 orang itu iaitu papan kenyataan dalam bahasa melayu yang bertulis "Anda sedang menaiki kereta kabel berputar terpanjang di dunia". Hanya ada dua kereta kabel berputar seperti ini di dunia iaitu di Switzerland dan Cape Town Afrika Selatan. Kereta kabel berputar di Gunung Titlis dilancarkan pada 1967 dan adalah yang pertama. Apabila berputar, kita akan dapat menyaksikan pemandangan dari semua sudut.
Bahagian terakhir kereta kabel membawa pelancong di atas glasier. Di puncak Titlis, pelancong berpeluang memasuki dan meneroka gua glasier yang sangat sejuk sambil mengambil gambar. Dari Titlis, kami dibawa ke bandar Lucerne dan melawat beberapa tempat menarik seperti Lion Monument dan Chappel Bridge. Keesokkannya, kami ke Brienz mengunjungi kedai ukiran kayu terbesar, seterusnya menaiki bot ke Interlaken yang bagi kami adalah tempat paling indah dan romantis berlatarbelakang Banjaran Alps. Tidak hairanlah ia menjadi pilihan produksi filem Bollywood sebagai lokasi penggambaran.
Switzerland adalah negara unik kerana penduduknya bertutur 4 bahasa berlainan iaitu bahasa Jerman (kawasan utara, tengah dan timur), Perancis (barat), Itali (selatan), Romansh dari Latin (selatan-timur) dan Inggeris sebagai bahasa umum. Mata wang Switzerland adalah Swiss Franc tetapi mata wang Euro juga diterima selain penggunaan kad kredit secara meluas. Antara barangan istimewa yang boleh dibawa pulang sebagai kenangan ialah sulaman, ukiran kayu Bernese, coklat, keju, pisau tentera Swiss. Paling tidak dapat dilupakan pengalaman membeli jam mewah asli dari Switzerland.
7 Bentuk Halangan Luaran Yang Menjadi Pencuri Impian Usahawan.
1. Bantahan.
Sewaktu kita hendak 'sign up' keputusan kita dibantah oleh ahli keluarga. Ada yang membantah dengan menunjukkan mimik muka, mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak kurang juga ada yang sanggup bermasam muka dengan kita. Mereka membantah dengan sekeras-kerasnya dan menganggap kita melakukan kesilapan yang besar apabila memilih untuk menceburi MLM.
Begitu juga sewaktu kita berjaya mendapat bonus yang lumayan, mereka tetap membantah kita dengan mengatakan bonus itu tidak kekal. Sama ada kita berjaya atau gagal kita tetap dibantah. Keadaan lebih ketara apabila pendapatan bonus kita melebihi pendapatan kerja kita.
Sebagai contoh, ada usahawan MLM yang mengambil langkah berhenti kerja kerana hendak menumpukan sepenuh perhatian dalam perniagaan MLM. Apabila meminta pendapat pelbagai pihak hampir 100% membantah dan tidak bersetuju dengan keputusan kita. Namun, atas kebijaksanaan berfikir mereka meninggalkan kerjaya mereka dan menumpukan 100% bagi membina kumpulan yang kukuh. Akhirnya pendapatan mereka melebihi 10 tahun bekerja. Apabila bergelar usahawan MLM, kita sahaja yang tahu apakah kelebihan dan kehebatannya.
Oleh itu, elakkan diri kita dikuasai oleh bantahan dan pandangan negatif daripada orang sekeliling kita. Namun, jika pendapatan kerja tetap kita kurang daripada RM10,000, saya nasihatkan jangan berhenti kerja kerana kita belum kukuh lagi. Walaubagaimanapun jika melebihi RM10,000 jangan pula berfikir tidak perlu berhenti kerja.
2. Cemuhan.
Pernahkah kita mendengar cerita tentang Wright Brother? Mereka bercita-cita hendak mencipta sejenis kenderaan yang boleh terbang. Mereka bukan seorang pakar atau saintis tetapi mereka hanya mekanik. Mereka selalu dicemuh oleh masyarakat dan seringkali dikatakan gila dan tidak punya akal waras. Namun akhirnya, tercipta kapal terbang yang dapat membawa kita meluncur di udara. Apakah yang akan berlaku sekiranya mereka mendengar cemuhan masyarakat dahulu? Pasti kejayaan tidak akan menghampiri mereka. Kenapa perlu takut dengan cemuhan?
Begitu juga dengan kita ketika 'sign up", kita dicemuh dengan perkataan yang menyakitkan hati seperti OKB orang kaya baru, jual sabun jadi kaya, jual baju dalam jadi kaya, angan-angan Mat Jenin dan sebagainya. Saya yakin dan percaya anda juga pernah melaluinya. Percaya pada diri sendiri kerana orang yang BERJAYA adalah orang yang tidak pernah putus asa. Renungan untuk mereka yang kental jiwanya......
"Cemuhan lebih hebat ketika kita mengalami kesusahan sewaktu menjalankan perniagaan ini. Apabila kita ambil peduli cemuhan orang lain, kita sudah membenarkan orang lain mencorakkan hala tuju kehidupan kita. Walau bagaimanapun, apabila kita tidak ambil pusing kepada cemuhan orang lain, kita adalah HERO".
3. Kritikan.
Jangan ambil hati apabila kita dikritik. Kita mungkin dikritik upline, downline dan sideline serta sesiapa sahaja. Kritikan diberi kerana mereka melihat kelemahan kita dan kita tidak sedar akan kelemahan ini.
Jadikan kritikan sebagai satu pengecas bagi kita meniti kejayaan yang cemerlang. Contoh tentang seorang yang banyak dikritik ialah Juara Akademi Fantasia Musim Ke-3 iaitu Mawi. Beliau mula dikritik sejak memasuki Akademi Fantasia hingga menjadi seorang artis. Apa yang berlaku kepada Mawi sekarang? Kejayaan makin mengejar dan terus mengejar. Kenapa pula kita yang takut dengan kritikan?
Ini adalah asam garam yang dihadapi oleh seorang artis dan sebagai usahawan MLM, kita lebih bernasib baik daripada mereka. Kritikan yang kita terima tidak sebanyak yang ditanggung oleh artis. Oleh itu, teruskan usaha kita hingga kita jadi HEBAT dalam perniagaan LUAR BIASA ini.
4. Gurauan.
Ada usahawan MLM pernah diketawakan oleh rakan-rakannya yang berkata "Kalau awak berjaya beli sebuah Mercedes hasil daripada MLM, kami akan jilat tayar kereta awak". Seorang usahawan yang kental jiwanya menganggap gurauan itu sebagai satu cabaran.
Selepas berjaya, beliau pergi menemui rakannya dan tiada seorang pun yang berani hendak menjilat tayar kereta. Cuba kita bayangkan, apabila beliau menganggap gurauan itu sebagai batu penghalang, sudah tentu beliau masih lagi seorang zero.
Tindakannya yang meneruskan perjuangan, kini beliau adalah hero. Setiap usaha kita akan ada gurauan yang tidak sedap didengar. Saya yakin dan sangat percaya bahawa pejuang-pejuang Akademi Taipan pasti pernah menerima gurauan hebat ini. Hasilnya adalah lahirlah usahawan yang bergemerlapan hari ini.
5. Pendapat.
Tidak kurang juga ada yang memberikan kita pelbagai pendapat yang negatif. Lebih-lebih lagi pendapat mengenai MLM dan personaliti kita. Ingat, apabila kita terlalu banyak mendengar pendapat orang lain, kita akan kurang pendapatan.
Asingkan setiap pendapat yang kita terima. Adakah pendapat itu membina atau pendapat yang akan menghancurkan kita. Jika baik, terima dan jadikannya sebagai azimat kejayaan. Jika tidak baik, lupakan sahaja dan jangan ambil pusing dengan pendapat itu. Kita masih ada akal bagi mempertimbangkan pendapat itu. Selagi bernama manusia, setiap pendapat boleh disangkal dan boleh dipertikaikan.
6. Pengetahuan.
Kekurangan ilmu pengetahuan dan maklumat tentang MLM juga adalah salah satu daripada halangan. Kita juga mendengar setiap kata-kata daripada orang lain yang belum tentu ada pengetahuan tentang MLM. Ada yang tidak pernah menceburkan diri dalam MLM tetapi menceritakan tentang MLM seolah-olah terlalu jaguh dalam MLM.
Sekarang ini, ledakan teknologi maklumat semakin pesat. Kita boleh dapatkan banyak informasi yang berguna melalui internet. Tidak kurang juga dengan adanya buku-buku penulisan tentang MLM yang boleh dibeli. Semua ini dapat memberikan kita pengetahuan dan ilmu yang lengkap tentang MLM.
7. Persaingan.
Halangan terakhir adalah daripada saingan antara MLM. Di Malaysia terdapat lebih 400 buah syarikat MLM yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Persaingan juga berlaku dengan syarikat yang mengamalkan skim cepat kaya dan sistem piramid.
Kebanyakan masyarakat kita suka melakukan perniagaan tanpa perlu bersusah payah. Mereka tidak perlu taja, beli berkali-kali dan sebagainya. Setakat ini, syarikat yang bertahan terdiri daripada syarikat yang menawarkan perniagaan MLM yang kita sendiri harus BERUSAHA. Manakala syarikat yang menawarkan ganjaran tanpa berusaha tidak bertahan lama. Cukup masa, tutup syarikat dan mereka buka syarikat baru dengan nama yang baru. Oleh yang demikian, perlu beringat dan berhati-hati selalu.
Wednesday, March 23, 2011
Media Cetak mengiktiraf KEJAYAAN bersama Akademi Taipan 181.
Pengiktirafan media cetak bermula dan terus mengiktiraf.......
Saat-saat manis ketika beberapa kejayaan dilaporkan dan tertera di dada-dada akhbar di negeri Sarawak. Tidak disangka bahawa Bornoe Post dan Utusan Borneo mengiktiraf siri kejayaan ini bersama rakan niaga. Terima kasih kepada Kememterian Pembangunan Usahawan Bumiputera Negeri Sarawak kerana menyokong usaha murni Akademi Taipan Kenyalang dalam membina empayar perniagaan di negeri Bumi Kenyalang ini.
Borneo Post turut berkongsi saat manis apabila memaparkan salah satu kejayaan iaitu Bonus Tabung Kereta bersama syarikat yang mendapat pengiktifaran Majalah Forbes Best Under A Billion 4 tahun berturut-turut. Akademi Taipan 181 bertanggungjawab membimbing rakan niaga untuk memulakan perniagaan dengan beberapa siri kuliah yang dilaksanakan di seluruh Malaysia. Dengan motto hebat 1 Malaysia 1 Akademi maka ramailah usahawan bumiputera yang berjaya dilahirkan dan mendapat pengiktifaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Kepenggunaan.
Saturday, March 19, 2011
Kehebatan Ezygrow TERBUKTI.
Ini adalah testimoni terkini yang saya dapat balik dari kampung beberapa hari yang lalu. Ini adalah gambar betul yang membuktikan kehebatan baja Ezygrow keluaran syarikat yang mendapat pengiktifaran Superbrand. Ramai saudara mara di kampung tidak percaya pada mulanya tetapi apabila melihat sendiri hasilnya banyak tempahan diterima. Alhamdulillah syukur..... Tunggu dan lihat pula bukti yang seterusnya untuk kelapa sawit dan sayur-sayuran. Gambar sebelum sudah diambil kena tunggu gambar selepas.
Wednesday, March 9, 2011
Bioaura - 9 Pengiktirafan ANTARABANGSA Kualiti Air Dunia....Siapa kata TIPU??
Antara ciri-ciri manusia melayu yang gagal akan mencari kesalahan org lain bukan kesalahan diri sendiri. Artikel yg dangkal macam ini pun boleh percaya.Bukan semua melayu boleh mudah di tipu bulat2...Kejayaan dan kualiti bioaura memang diakui sebab itu ramai yg pilih bioaura..tidak cukupkah dengan 9 pengiktirafan kualiti air yang di hasilkan bioaura dalam dan luar negara yg menunjukan kualiti bio aura...Takkan sirim pun nak tipu melayu, superbrand pun nak tipu melayu, BAYER pun nak tipu melayu...
Hanya yang bodoh dan bangang saja mudah kena tipu....Artikel ini sgt bodoh dan tidak ilmiah...adakah kita patut di bandingkan dengan air zamzam dan suruh minum air zam zam selalu.Ingat murah ke tambang nak ke Mekah bawa balik air zamzam.Kalau ada di malaysia pun ingat boleh beli dengan harga seringit 500ml ke? Satu lagi di mana hukum haram meniaga dgn bukan islam...sahabat nabi pernah beli perigi dari orang yahudi...nabi berdagang dan meniaga d Syam dgn semua org islam ke? Orang islam buka resoran atau kedai runcit semua barang org islam buat ke...kicap susu, telur sardin maggi,,garam...biskut roti,,,minyak...semua org islam buat ke....
Lagi satu cerita bab kuman dlm air....kata tak logik air tak masak boleh terus minum...air di malaysia telah di rawat dgn klorin utk bunuh kuman...SYABAS telah umumkan airnya boleh terus diminum kerana kuman telah dihapuskan. Lagipun hari ini semua jenama penapis air termasuk yg harga 500 atau 50 pun kata tak perlu masak boleh terus minum air...dan kita tak pernah lagi dengar org mati minum air dari penapis air. Bila belajar tak habis macam ni ayatnya.....Hari ini manusia celik ilmu dan maklumat. Setiap perkara yang di tulis pasti ada org mengkajinya....teknologi makin canggih, kita yg ketinggalan zaman.
Di negara maju, air boleh terus minum dari paip. Teknologi bioaura ramai yg tak tahu tapi yang tahu pasti teruja.Dalamnya ada 6 balang rahsia keajaiban ciptaan tuhan yang di gunakan oleh akal manusia utuk kebaikan semua. Dalamnya terdiri daripada carbon aktif yg dibuat dari tempurung kelapa untuk menyahbau dan menyikngkir toksin serta menghalang kuman dan bakteria dari melepasinya dan ada microball infra red yang banyak terdapat di afganistan dan salah satu bahan untuk mencipta nuklear. Fungsinya ialah membunuh dan menghapuskan bakteria. Dengan tekonologi NANO molekul air dipechkan kepada 0.000000009nm....yg menghasilkan air berakali dgn nilai ph 8.3..(rujuk report test sirim..kalau tak betul report polis) . Air normal 7...rendah pd tujuh asid..lebih pd tujuh alkali..air rasa payau mcm air zamzam kerana air zamzam nilai alkali lebih daripada 9ph sebab itu zamzam berkhasiat. Orang yang cerdik dan ada ilmu sains pasti tahu kuman dan bakteria tak boleh hidup dlm air beralkali.
Pelan pemasaran adalah strategi bisnes. Sapa yang rajin dan ambik peluang dia akan dapat hasil. Siapa yang malas dan bodoh cari peluang negatif untuk menjatuhkan org lain. Orang jatuh dia pun tak naik-naik juga. Itulah nasib bangsaku yang menyebabkan melayu sampai bila-bila pun tak akan maju dan hanya rasa diri hebat dan pandai dalam bisnes. Walhal kita nak beli paku sebatang pun nak kena beli dengan cina. Mulai hari ini kita gerakan melayu maju . SAY NO tu Melayu negatif dan jumud serta bebal yang boleh melemahkan sesama melayu. Jangan ulangi sejarah kejatuhan Melaka, bangkitlah kita hapuskan pengkhianat melayu.
Sunday, March 6, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)

