Semangat Pejuang Tak Pernah Padam
Seminar Fight To CDM 2011
Kita cuba jual produk kepada orang yang tidak perlukannya, kita cuba menaja dengan orang yang sangat tidak berminat dan kita cuba servis dengan downline yang langsung tidak ada komitmen. Bukan tidak boleh tetapi fokuskan kepada perkara yang sangat-sangat penting dahulu.Mungkin kita boleh datang kepada golongan ini kemudian. 'Dahulukan yang PENTING dan pentingkan yang DAHULU.
Buat apa kita membuang masa semata-mata kita hendak berjaya dalam MLM dengan golongan ini. Cari orang lain yang ada KEINGINAN sama macam kita. Kalau boleh cari yang mempunyai impian yang lebih besar daripada kita. Contohnya orang lain yang ada keinginan hendak membeli produk kita, ada keinginan untuk mengubah hidup melalui MLM dan ada keinginan untuk berjaya selepas menjadi downline kita.
Biasanya, seseorang yang baru bekerja dan lepasan pengajian tinggi adalah orang yang bersikap negatif untuk ditaja. Mengapa? Ini kerana mereka belum lagi didedahkan oleh masalah kewangan dalam kehidupan dan belum lagi ada tanggungjawab serta komitmen yang tinggi dalam apa-apa saja bidang. Tapi kita jangan buat keputusan terlalu awal kerana mereka ini tidak salah sekiranya dikongsi peluang untuk berjaya. Mungkin mereka pelapis 'berbisa' yang kita cari selama ini. Tonjolkan potensi mereka.
Begitu juga jika kita berfikiran apabila kita berjaya taja lebih ramai downline yang berpendidikan tinggi, berkedudukan tinggi dan berpengaruh tinggi. Ini adalah pemikiran yang salah. Perniagaan sebegini tidak mensyaratkan pendidikan tinggi sebagai tiket atau pemangkin untuk kejayaan. Malahan, orang yang buta huruf pun boleh jadi jutawan MLM. Jangan sekali-kali membuat keputusan terhadap diri seseorang. Tidak salah berkongsi peluang dengan orang berkedudukan tinggi kerana kita mahukan 'contact number' daripada golongan ini.
Lihat sikap seseorang apabila diperkenalkan dengan perniagaan MLM. Adakah mereka sukakan hubungan persahabatan sesama manusia? Adakah mereka suka membantu sesama sendiri? Adakah mereka memfokuskan kepada kualiti dan nilai tinggi atau memfokuskan wang? Adakah mereka menduplikasi skill yang telah diajar? Adakah mereka membina dan 'maintain' dalam komunikasi dan mengekalkan hubungan yang baik dengan orang lain dalam jangka masa panjang?
Ini adalah ciri-ciri yang baik pada seseorang yang boleh diprospek dan ditaja. Selepas itu, baru kita boleh merekrut mereka dengan menduplikasi setiap cara, teknik dan sistem yang kita jalankan. Di sinilah perniagaan kita bermula. Akademi Taipan akan membentuk kita menjadi usahawan seperti mana yang sudah dilahirkan sebelum ini. Untuk berjaya kita perlukan ILMU. Semuanya Akademi Taipan sediakan untuk usahawan baru, sedia ada dan lama. Perniagaan ini memerlukan kita membina satu suasana yang sangat HEBAT untuk mewujudkan hasil yang LUAR BIASA hebat. Di mana kita nak dapatkan ilmu? Di mana kita nak wujudkan suasana perniagaan? Di mana kita nak kekalkan momentum yang kadang-kadang hilang? Di mana kita nak berkongsi pengalaman naik turun? Dimana kita nak jumpa orang-orang positif? Jawapannya di AKADEMI TAIPAN 181.
Satu Artikel yang baik :)
ReplyDelete