Ramai usahawan MLM menghadapi masalah untuk memulakan perbualan. Bagi mereka, hendak sebut syarikat MLM, produk MLM dan peluang MLM adalah sukar.
Apabila berbual mengenai kekasih, berbual mengenai keburukan orang lain, berbual pasal artis tidak sukar. Pelik jugak. Sebenarnya memulakan perbualan untuk kita memasukkan perniagaan MLM, produk MLM dan syarikat MLM tidak sesukar seperti yang disangkakan. Ia menjadi sukar kerana kita tidak buat. Cuba anda buat sekali pasti menjadi.
Setiap masalah ada kunci penyelesaiannya. Sebenarnya untuk memulakan perbualan JANGAN berbual tentang MLM lagi. Jangan berbual tentang diri kita. Lebih tumpukan kepada diri MEREKA. Perbualan berkisar tentang MEREKA dahulu dan bukannya kita. Cuba imbas balik cara kita memulakan perbualan suatu ketika dahulu.
Dalam dunia ini ada dua jenis manusia iaitu manusia yang kita boleh tolong dan manusia yang kita langsung tidak boleh bantu. Manusia yang kita tidak boleh bantu adalah terdiri daripada manusia yang berkedudukan tinggi, berpendapatan tinggi dan kehidupan serba mewah. Tiada gunanya kita menerang tentang perniagaan MLM kepada mereka.
Misalnya ahli korporat yang berniaga berjuta-juta. Apabila kita cuba hendak menaja diibaratkan seperti mencurah air di atas daun keladi. Lebih baik kita jadikan mereka sebagai pembeli setia produk syarikat kita. Tapi jangan sekali-kali membuat keputusan terlalu awal kerana orang macam inilah 'lubuk' untuk mendapatkan 'contact number'. Tak salah berhubung dengan golongan ini kerana pintu rezeki pasti mencurah-curah macam mereka. Siapa tahu?
Orang yang boleh kita tolong adalah orang yang menghadapi masalah kewangan, masalah kerja, masalah dengan bos, masalah tiada rumah, masalah tiada kenderaan serta 1001 masalah yang melibatkan ekonomi. Kita juga boleh membantu mereka yang ada impian hendak menunaikan fardhu haji, umrah dan melancong. Selain daripada itu, kita juga boleh selesaikan mereka yang ada masalah kesihatan. Kita boleh memulakan apa sahaja tajuk perbualan. Pastikan semua perbualan itu bercerita tentang diri MEREKA. Tajuk perbualan tidak kira politik, ekonomi, sosial, kewangan serta apa sahaja. Apabila ada sahaja ruang yang baik untuk kita memperkenalkan perniagaan kita, baru kita boleh menceritakan tentang MLM. Berikut adalah contoh permulaan perbualan :-
1. Apakah pekerjaan saudara?.....ini adalah permulaan perbualan yang paling mudah dan senang.
2. Seterusnya selepas prospek memberitahu tentang pekerjaannya, kita boleh meneruskan lagi menyoal "Selepas bergiat lama dalam bidang itu, apakah saudara berpuas hati dengan pendapatan saudara? Jika prospek menjawab tidak berpuas hati, kita boleh meneruskan dengan berkata " Saya ada satu rahsia yang boleh membuatkan kita berpuas hati dengan pekerjaan, pendapatan dan masa".
3. Kita juga boleh memulakan perbualan dengan bertanya "Berapa bilangan anak saudara?". Selepas prospek memberitahu bilangan anaknya, kita katakan "Adakah kita boleh dan mampu menghantar anak kita belajar ke Universiti semuanya?. Apabila soalan kita itu dijawab dengan kata tidak, kita boleh katakan "Saya ada rahsia bagaimana saudara boleh menghantar anak saudara ke luar negeri sekaligus semua. Apabila sahaja prospek bertanya lagi bagaimana? Kita katakan saudara hanya perlu tukar kedai iaitu daripada kedai X kepada syarikat (nama syarikat kita). Kemudian saudara boleh menyarankan kepada orang lain untuk tukar kedai. Begitu seterusnya apabila orang lain itu pula melakukan perkara yang sama dengan saudara, saudara boleh mendapat bonus hingga ribuan ringgit".
4. Ada juga yang bertanya "Saudara, tahukah pekerjaan yang boleh memberikan kita pendapatan lumayan dan jika kita meninggal dunia, pendapatan itu boleh diwarisi oleh keluarga kita?". Soalan ini juga boleh ketengahkan sewaktu kita berada dalam pertengahan perbualan dengan prospek. Seterusnya apabila prospek hendak tahu apakah pekerjaan itu, jelaskan "Kita hanya perlu beli barangan daripada syarikat dan bercerita kepada orang lain serta mereka lakukan seperti kita. Apabila perkara yang sama dilakukan oleh mereka, kita boleh mendapat pendapatan yang lumayan dan sekaligus jika kita meninggal dunia, pendapatan itu boleh diwarisi oleh keluarga kita".
5. Ada juga yang menggunakan kaedah yang berikut "Saudara dalam hidup kita mesti ada pejabat, kedai membeli belah dan rumah. Kita tidak payah dan tidak perlu tukar pejabat dan tukar rumah. Kita hanya perlu tukar kedai. Ya, dengan membeli barang di kedai syarikat 'Y' dan menyarankan orang lain melakukan perkara yang sama. Apbila dapat bonus hingga bonus itu meningkat, baru saudara boleh tukar pejabat dan rumah dengan tidak perlu lagi ke pejabat dan tukar rumah daripada hanya rumah kecil kepada rumah mewah".Saya rasa banyak lagi teknik dan cara-cara perbualan yang boleh menarik prospek. Tidak kira apakah tekniknya, asalkan ianya boleh membuka minda prospek dan menjadi salah satu seorang downline kita.
Sebenarnya banyak lagi cara spontan yang untuk memulakan bicara kita. Kalau dibuat dalam bentul ayat memang nampak susah. Mahu tidak mahu kita kena demo setiap hari baru 'skill' kita akan jumpa. Apa sahaja kaedah yang dikongsikan kalau tidak dimulakan dengan diri KITA memang akan jadi payah. Cuba sendiri baru kita kenali POTENSI diri.
No comments:
Post a Comment