Wednesday, April 20, 2011

Gerbang Ilmu Akademi Taipan 181 : RAHSIA Mengurangkan Penolakan.


AKADEMI TAIPAN 181 SEDIA MEMBIMBING.
Kita mengalami pelbagai penolakan pendapat serta kritikan daripada prospek dan pelanggan. Ini telah menjadi asam garam dalam perniagaan MLM. Kita mesti mengetahui beberapa rahsia bagi mengurangkan dan memberhentikan penolakan daripada prospek dan pelanggan. Berikut adalah lima rahsia mengurangkan penolakan berdasarkan pengalaman sendiri setelah berkecimpung dalam perniagaan bersama AKademi Taipan 181 selama setahun ini.

1. Memahami perasaan.

Katakan prospek mengatakan mereka pernah mengalami pengalaman buruk sewaktu menyertai syarikat MLM suatu ketika dahulu. Kita mesti memahami perasaan mereka dengan menyatakan :-

- "Saya memahami perasaan saudara".

- "Saya pernah mengalami pengalaman seperti saudara suatu masa dahulu".

2. Bersetuju.

Berikan persetujuan kepada pendapat mereka. Bersetuju bukan bermakna kita tewas tetapi bersetuju adalah untuk menapak dalam hati prospek atau pelanggan. Apabila kita berjaya menapak dalam hatinya, senang kita berikan pendapat kita sendiri. Katakan prospek mengatakan produk kita tawarkan itu terlalu mahal. Kita nyatakan :-

- "Ya....saya bersetuju harga itu mahal".

- "Saya bersetuju dengan pendapat saudara".

- "Saya bersetuju dengan apa yang saudara nyatakan".

3. Meminta Maaf.

Sewaktu kita menelefon prospek mahupun bakal pelanggan, kita mesti mulakannya dengan meminta maaf. Ini disebabkan kita telah meminta mereka meluangkan sedikit masa untuk berjumpa dengan kita.

- "Hello Encik Kamarazzaman, saya minta maaf kerana mengganggu awak. Saya ada satu peluang hebat mahu dikongsikan denga awak. Bolehlkah kita berjumpa sambil makan atau minum di satu tempat kalau awak ada kelapangan".

4. Menyoal.

Kita juga boleh menyoal prospek bagi mendapatkan maklumat lanjut daripada mereka. Menyoal adalah bagi mengumpul maklumat serta memberikan penerangan semula kepada mereka. Berikut adalah contoh soalan yang boleh diberikan.

- "Sebentar tadi, saudara ada menyatakan harga produk ini mahal. Boleh saya tahu, adakah saudara tahu akan kualitinya?"

- "Bolehkah saudara berikan saya masa untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya berkenaan perniagaan ini?"

Selepas kita mendapatkan jawapan daripada soalan yang dikemukakan, barulah kita boleh berikan pendapat kita. Contohnya :-

- "Saudara, walaupun produk itu mahal tetapi kualitinya jauh lebih berharga daripada harganya berdasarkan testimoni dan bukti-bukti daripada pelanggan yang menggunakannya. Buktinya ada di sini."

5. Terima Kasih.

Bilakah masa yang sesuai untuk kita mengucapkan terima kasih?Kita boleh ucapkan terima kasih sewaktu prospek atau pelanggan mengkritik kita, syarikat, produk dan MLM.

- "Terima kasih di atas komen yang saudara berikan kepada saya."

- Teguran saudara saya jadikan sebagai azimat. Saya akan betulkan setiap kelemahan dan kekurangan diri saya."

- "Terima kasih di atas keprihatinan saudara meluangkan masa bersama saya sebentar tadi."

Ucapan terima kasih dapat mengurangkan rasa penolakan prospek terhadap kita. Mereka lebih terbuka untuk menerima setiap tawaran yang kita sajikan kepada mereka.


Pakej Perlancongan Bersama Akademi Taipan 181 Ke Kota Perth Australia 2011.

Bingkisan Dari Kota Perth Australia


Terpegun menyaksikan pemandangan indah kota Perth waktu petang. 

 Merakam kenangan bersama rakan niaga yang lain setibanya di Perth.



Usahawan Akademi Taipan 181 gah dan cukup bersemangat di bumi Perth di hari pertama lagi.



Mengambil aura dari otai CDM Kamaruddin Mamat. Segalanya tidak mustahil dalam perniagaan hebat ini.



Tidak melepaskan peluang beraksi di hadapan pintu South Perth Esplanade.



Terpampang papan tanda menunjukkan bandar Perth.



Puas setelah menjamah makanan di kedai melayu di Perth. Macam-macam menu ada yang penting ikan masak asam dan teh tarik.



Hotel Citigate yang menjadi tempat persinggahan selama 4 hari 3 malam. Menyediakan perkhidmatan 5 bintang untuk usahawan Akademi Taipan.



Berkongsi ilmu dan pendapat bagaimana nak mantapkan perniagaan apabila balik nanti.



Menikmati keindahan bangunan di Perth. Menyajikan rekaan yang mungkin menghasilkan idea dalam perniagaan.



Merakam kenangan bersama GM di King Park.



Gaya seorang pemimpin berilmu dan sentiasa meningkatkan pengetahuan. Jom beli buku ilmiah untuk tambah ilmu dalam perniagaan.



Ini gaya apa pulak......gaya model nak tuntut ilmu walaupun buku sekadar dipinjam.



Pemandangan dari atas bukit King Park sambil merakam kenangan bersama warga tempatan. Orang Malaysia memang peramah.



Tidak puas merakam kenangan untuk dibawa balik nanti. Mesti ambil foto puas-puas sebagai bahan bukti kepada prospek.



Aksi yang tidak dirancang tetapi tetap menawan dengan pose selamba.



Ini pulak aksi yang dirancang dengan sempurna walaupun juru fotonya masih lagi amatur.


 Merakan kenangan di pintu masuk Muzium Maritim.



Ini bukan tempat penggambaran filem Raaz tetapi aksi ini mengingatkan kita filem Bollywood seram itu. Muka semuanya tegang setelah menikmati juadah Fish & Chips.



Ini bukan pegawai Maritim tetapi pelancong yang menerima insentif percuma.


Ini tempat yang menjadi rebutan pelancong lain untuk merakam kenangan tetapi kami yang mendahului. Jangan bagi peluang kepada yang lain. Kena pandai rebut peluang walaupun sekadar bergambar.



Aksi panas dan puas setelah kenyang menikmati Fish & Chips.



CDM Kamaruddin pun tak melepaskan peluang buat pose hebat. Pengaruh rakan tidak sebaya tu.



Fremantle Market tempat hebat untuk membeli belah. Harga amat berpatutan dan menyediakan tempat yang banyak pilihan ole-ole.


Suasana yang tidak pernah diimpikan akhirnya tertunai. Kalau tidak dengan perniagaan ini mustahil boleh sampai di Bumi Perth. Ahlamdulillah......



Sempat membelai kanggaru yang sedang baring.



Jinak betul kanggaru kat sini.



Niat baik nak bagi kanggaru makan tetapi jari pulak kena gigit.



Ibu yang sayang akan anaknya. Tetap berada di dalam kantung untuk keselamatan anak kesayangannya.


DDM Syukri begitu prihatin dengan hidupan di Caversham.



Farm Show di Taman Hidupan Liar Caversham.



Berlatarbelakang kambing biri-biri selepas acara demo.



Pejuang Akademi Taipan tetap bersama dan bersatu selamanya. 1 Hati 1 Impian 1 Taipan.


Puas setelah penat bermain dengan kanggaru Australia. Benar-benar berbaloi apabila menyertai perniagaan bersama Akademi Taipan 181.



Satu-satunya masjid di Perth Australia. Terharu dan sangat bersyukur bertemu dengan tenpat ibadat di negara asing.


Masjid yang cukup gah di tengah-tengah kesibukan bandar Perth.



Panglima Utara tidak ketinggalan merakam kenangan di masjid Perth Australia.



Bukan lakonan tetapi benar-benar bersyukur akhirnya kaki dapat melangkah ke negara Australia.



Sempat pose sebelum makan malam bermula.



CDM Fitri berkongsi pengalaman sepanjang penglibatan bersama Akademi Taipan 181.



Tetap bersama tanda 1 Hati 1 Impian 1 Taipan.......Gala Dinner Seminar Seberang Laut Australia.



Pasti suatu hari pangkat tertinggi CDM dalam genggaman. Di Australia masih di hujung jari tetapi balik ke Malaysia nanti pasti digenggam rapi.





Tuesday, April 12, 2011

Akademi Taipan Mendapat Pengiktirafan Media Cetak Seluruh Negara.

Bukti keratan akhbar yang mengiktirafan beberapa siri kejayaan perniagaan bersama Akademi Taipan 181.


Wednesday, April 6, 2011

Pakej Perlancongan Bersama Akademi Taipan 181 Ke Kota Switzerland 2010.


Video Pengembaraan Panglima Akademi Taipan SWITZERLAND 2010.

Bingkisan Dari Kota Switzerland.

Sempat merasai rintik-rintik salji turun dari langit seperti hujan lebat. Pengalam yang sukar digambarkan dengan kata-kata.



Kawasan air terjun yang menyajikan pemandangan indah dengan hembusan pawana segar dengan kesejukan yang menyamankan. Sukar untuk dilupakan hari pertama menjejak kaki di Switzerland. 


Sempat merakam kenangan bersama mentor Akademi Taipan 181 dari Sarawak. Kenangan yang akan dibaa balik sebagai lembaran kisah hidup yang cukup berharga.


Merasai kesejukan salji sebaik sahaja turun dari bas. Ketidaksabaran akhirnya tertunai apabila terharu dan terkedu menyaksikan pergunungan Titlis.



Tidak terkata keseronokan apabila impian bertemu idola Bollywood di puncak tertinggi Titlis. Terpacak patung pelakon terbilang filem Dilwale Dulhania Lejayengge Shah Rukh Khan dan Kajol.


Teruja pengalaman pertama bermain salji denagn pejuang Akademi Taipan di saat salji turun lebat. Saat yang sukar untuk dipercayai.



Menikmati keindahan dan keajaiban salji ciptaan Allah swt dan rasa syukur makin menebal di dalam hati tatkala salji dapat disentuh dengan jari jemari.



Tidak puas merakam kenangan sekali. Menggunakan peluang yang ada untuk bergambar kerana banyak permintaan untuk mengambil gambar di sudut ini.



Keindahan yang jarang kita jumpa di mana-mana kecuali di Switzerland. Pemandangan yang sangat indah dengan panorama pergunungan Alps yang memukau.



Bersama mentor terbilang Akademi Taipan 181 yang banyak memberi bimbingan sepanjang mengendalikan perniagaan luar biasa hebat ini.



Gandingan mantap rakan kongsi di atas kapal persiaran yang membawa panglima Taipan menyaksikan keindahan yang tidak puas di pandang walaupun berkali-kali.



Sempat merakam kenangan dalam pose istimewa yang sukar untuk dilakukan kali ke-2. Kejujuran jelas terpancar pada raut wajah yang penuh dengan keikhlasan.



Aksi ilham daripada pelakon Bollywood di atas hamparan permaidani menghijau pasti mengujakan dengan lensa kamera yang tidak pernah putus mengambil gambar dari sudut yang tepat.



Saat membeli belah di Jerman pasti tidak akan dilupakan bersama CDM Kartini, CDM Roshila, CDM Aida.



Gaya puas setelah sempat membeli beberapa utas jam tangan buatan asli Switzerland jenama Tissot. Kepuasan yang sukar untuk digambarkan bersama rakan niaga.

Tidak pernah terfikir bahawa akan sampai di bumi Switzerland pada tarikh keramat 23 Oktober 2010. Kalau tidak menyertai perniagaan bersama Akademi Taipan 'impian' untuk menjejak kaki di negara gerbang keindahan dunia ini tidak akan tercapai. Apatah lagi dengan kos percutian yang sangat mahal untuk dijejaki dengan pekerjaan sekarang. Bukan tidak mampu tetapi impian untuk menjejak kaki di Switzerland pasti tinggal mimpi. Dalam mimpi pun tidak berani untuk bermimpi melancong ke Switzerland. Tetapi alhamdulilah akhirnya hajat bermain salji terlaksana setelah 4 bulan mengikuti perniagan hebat ini.

Bercerita tentang percutian luar biasa hebat ini, tidak ada kata yang mampu dilafazkan apabila kapal terbang mendarat pada awal pagi. Berkelip-kelip mata menyaksikan keindahan di luar tingkap yang disangka itulah keindahan alam sebenar. Tapi sangkaan itu benar-benar meleset kerana pasti ada keindahan yang lagi hebat akan dilihat sepanjang percutian itu nanti. Dengan suhu mencecah 4 darjah celcius kami kedinginan keluar dari pintu kapal terbang....ikuti saat-saat manis diari perjalanan Akademi Taipan 181 sepanjang di bumi Switzerland.

SWITZERLAND sememangnya popular sebagai lokasi pilihan ramai pengarah filem Bollywood yang mahu mengabadikan keindahan negara itu sebahagian daripada karya mereka. Agaknya jika ditanya kepada mana-mana bintang popular filem hindi, mungkin semua pernah menjejakkan kaki ke sana merakamkan aksi sambil berlatarkan Banjaran Apls yang sepanjang masa diliputi salji. Jangan terkejut jika sebaik sahaja sampai di puncak Titlis, salah sebuah gunung di Banjaran Alps, terpacak patung hero dan heroin Bollywood pujaan ramai Datuk Shah Rukh Khan dan Kajol yang menjadi tarikan pengunjung sakaligus mengingatkan kita babak lagu romantis dalam filem Dilwale Dulhania Lejayengge yang dilakonkan pasangan itu di puncak salji berkenaan.

Hakikatnya, pasti semua turut menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke Switzerland yang digambarkan sebagai negara begitu indah dengan pemandangan. Bersama kumpulan rakan dari Akademi Taipan 181 yang menerima insentif seminar seberang laut, kami merasai pengalaman menaiki kereta kabel berputar ke puntak Titlis, destinasi percutian bagi peminat ski di seluruh dunia. Gunung Titlis terletak di Engelberg dan antara puncak pergunungan paling popular di Banjaran Alps selain puncak Jungfrau. 

Sepanjang perjalanan mendaki Gunung Titlis, semua anggota rombongan begitu teruja menyaksikan pemandangan begitu indah untuk dikenang seumur hidup. Deretan pokok diliputi salji dan kesejukan mula terasa dari dalam bas. Salji semakin lebat memaksa pemandu memberhentikan kenderaan untuk memasang rantai beroda pada tayar bagi membolehkan kenderaan bergerak dalam salji tebal. Disebabkan bas berhenti agak lama, kami menyangka hajat untuk mendaki Titlis tidak kesampaian dan mungkin terpaksa berpatah balik. Rasa gundah terlerai selepas diberitahu wakil agensi pelancongan apa sedang dilakukan pemandu, lantas membuatkan anggota rombongan kembali tersenyum. Maklumlah ini pengalaman pertama menghadapi salji sebegitu tebal yang turut meliputi kenderaan yang diletakkan di kiri dan kanan jalan.

Tiada warna lain kelihatan di sekeliling kecuali putih. Keindahan sukar digambarkan dengan kata-kata menyebabkan setiap ahli rombongan tidak putus-putus merakamkan suasana indah itu. Untuk ke puncak Titlis, kami menaiki gondola memuatkan enam orang dari Stesen Engelberg ke Stesen Gerschnialp pada ketinggian 1,262 meter sebelum bertukar kepada elevator kotak yang boleh memuatkan 70 orang ke Stesen Trbsee 1,796 meter, seterusnya menaiki kereta kabel berputar untuk ke Stesen Stand 2,428 meter. Ada sesuatu yang menarik dalam kereta kabel berputar yang boleh memuatkan kira-kira 50 orang itu iaitu papan kenyataan  dalam bahasa melayu yang bertulis "Anda sedang menaiki kereta kabel berputar terpanjang di dunia". Hanya ada dua kereta kabel berputar seperti ini di dunia iaitu di Switzerland dan Cape Town Afrika Selatan. Kereta kabel berputar di Gunung Titlis dilancarkan pada 1967 dan adalah yang pertama. Apabila berputar, kita akan dapat menyaksikan pemandangan dari semua sudut.

Bahagian terakhir kereta kabel membawa pelancong di atas glasier. Di puncak Titlis, pelancong berpeluang memasuki dan meneroka gua glasier yang sangat sejuk sambil mengambil gambar. Dari Titlis, kami dibawa ke bandar Lucerne dan melawat beberapa tempat menarik seperti Lion Monument dan Chappel Bridge. Keesokkannya, kami ke Brienz mengunjungi kedai ukiran kayu terbesar, seterusnya menaiki bot ke Interlaken yang bagi kami adalah tempat paling indah dan romantis berlatarbelakang Banjaran Alps. Tidak hairanlah ia menjadi pilihan produksi filem Bollywood sebagai lokasi penggambaran.

Switzerland adalah negara unik kerana penduduknya bertutur 4 bahasa berlainan iaitu bahasa Jerman (kawasan utara, tengah dan timur), Perancis (barat), Itali (selatan), Romansh dari Latin (selatan-timur) dan Inggeris sebagai bahasa umum. Mata wang Switzerland adalah Swiss Franc tetapi mata wang Euro juga diterima selain penggunaan kad kredit secara meluas. Antara barangan istimewa yang boleh dibawa pulang sebagai kenangan ialah sulaman, ukiran kayu Bernese, coklat, keju, pisau tentera Swiss. Paling tidak dapat dilupakan pengalaman membeli jam mewah asli dari Switzerland.