Saturday, January 8, 2011

Saya Tidak Mahu Kaya Tetapi Harus KAYA.

 Mungkin pemahaman berkenaan definisi KAYA perlu diperbetulkan di kalangan umat islam. Terlalu banyak rujukan yang dijadikan sumber pegangan sehingga kefahaman mengenai kekayaan itu menjadi remeh dan mengakibatkan ekonomi tidak diutamakan. Kita saksikan sendiri bagaimana yang lemah dapat melemahkan kemampuan dalam menuntut ilmu, kesihatan juga menjadi lemah dan kualiti sumber manusia sukar bersaing dalam era globalisasi masa kini. Ini semua menyebabkan umat islam ketinggalan dalam pelbagai hal.

Diharapkan juga semoga masyarakat secara umum dapat memahami kekayaan bukan bermakna harta yang melimpah-ruah. Harta yang banyak juga dapat membawa kepada kehinaan dan bencana apabila salah niat dan cara dalam mencari dan menggunakannya.


Banyak sekali definisi kejayaan daripada guru, tokoh, orang-orang soleh dan juga orang bijak pandai yang dicetuskan di dunia ini. Bahkan, menurut riwayat Muslim, Nabi Muhammad juga pernah menyebut salah satu kriteria orang Muslim yang berjaya iaitu orang yang pada HARI INI, dia lebih baik daripada SEMALAM.

Apa yang disebutkan oleh nabi itu sering menjadi panduan umat islam seluruh dunia iaitu kita perlu lebih baik daripada semalam. Apabila pada hari ini kita sama sahaja dengan semalam, kita adalah orang yang rugi. Apabila pada hari ini kita lebih buruk daripada semalam, kita adalah orang yang celaka. Perjalanan kita hari demi hari menentukan adakah kita menjadi manusia yang berjaya, manusia yang rugi ataupun manusia yang celaka.

Kerugian yang utama dalam menjalani hari-hari kita adalah apabila kita tidak mendapatkan ilmu daripada sekeliling kita. Kunci supaya kita tidak menjadi manusia yang rugi dan celaka adalah mendapat dan menghimpunkan ilmu setiap hari. Bukankah ayat pertama yang turun kepada kita adalah iqra iaitu perintah membaca?

Hidup berjaya bererti tahu membaca tanda-tanda zaman dan membaca apa yang kita perlukan. Orang yang berjaya adalah mereka yang memiliki akhlak mulia. Perhatikan bagaimana dunia pada beberapa masa lalu demam dengan istilah kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual. Ternyata orang yang mempunyai kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual mampu berjaya.

Sekadar memberi contoh di barat, para Ketua Pegawai Eksekutif atau Chief Exsecutif Officer (CEO) perusahaan-perusahaan yang ternama mula menunjukkan sikap penuh nilai dan sarat dengan ciri-ciri spiritual. Apakah ertinya? Orang mula menghargai akhlak mulia dan bertemu dengan makna kehidupan yang berlandaskan agama.

Orang-orang yang mempraktikkan hal ini bukanlah mereka yang fakir dan lemah akal, tetapi mereka adalah orang-orang yang kaya dan bijak. Janganlah berasa hairan apabila kita bertemu dengan CEO sebuah perusahaan yang kaya-raya dan terhormat, tetapi orangnya begitu rendah diri, sembahyang awal waktu dan mengamalkan sembahyang tahajjud pada setiap malam.

Bill Gates yang begitu kaya-raya sehingga menjadi manusia terkaya di dunia akhirnya dalam usia muda membuat keputusan pencen dari Microsoft, iaitu perusahaan IT terbesar yang dirintisnya. Apakah yang dilakukan oleh Bill Gates sekarang? Dia menyibukkan diri dalam yayasan miliknya yang bergerak dalam bidang sosial dan kemasyarakatan. Sungguh luar biasa.

Bill Gates menjadi orang terkaya di dunia dengan pendapatan yang luar biasa. Pendapatannya dalam Ringgit Malaysia adalah seperti berikut : 1 detik = RM 965.00, 1 minit = RM 59,073.00, 1 jam = RM 3.5 juta, 1 hari = RM84.9 juta. Bayangkan seminggu, sebulan, setahun. Mungkinkah kita dapat mengikut jejaknya?

Salah satu kelemahan ekonomi kapitalis adalah orang kaya bertambah kaya dan orang miskin tetap miskin. Akibatnya, berlaku kemerosotan ekonomi yang berbahaya dalam tempoh waktu tertentu. Dalam pada itu, orang yang bertanggungjawab adalah lembaga-lembaga amil zakat. Mereka menjadi penyeimbang kepada masalah ekonomi dengan peranannya membantu orang-orang yang kaya ataupun berkemampuan bagi mengagihkan kekayaan mereka kepada orang-orang miskin. Allah yang memerintahkan kita berzakat supaya kehidupan kita seimbang.

Sahabat pada zaman Nabi Muhammad iaitu Abu Bakar Siddiq seorang yang kaya-raya, tetapi dia menyerahkan hartanya bagi perjuangan islam. Kita juga mengenal Abdurrahman Bin Auf, seorang konglomerat yang penuh dengan strategi perniagaan dan tidak takut miskin. Sahabat-sahabat ini juga adalah orang yang profesional sehingga pada zaman mereka, islam mencapai kejayaan yang luar biasa. Mereka kaya dan akhirnya berniaga dengan Allah sehingga mereka tidak terbeli oleh dunia. Dengan mudah mereka mengagihkan seluruh kekayaannya, kemudian memulakan usaha semula dari awal. Namun, mereka tetap mendapat kemenangan dan kemuliaan di sisi Allah.
 
Orang kaya yang sebenar bukanlah mereka yang sekadar kaya harta, tetapi juga memiliki kekayaan daripada aspek-aspek lain. Orang kaya yang sebenarnya adalah orang yang menjalankan perintah Allah sehingga kekayaan mereka berkat dan bermanfaat bagi orang ramai. Justeru, KAYA itu PERLU dan WAJIB bagi kita menggunakannya supaya menjadi sebaik-baik manusia yang bermanfaat bagi orang lain.

Kita tidak disuruh mencari rezeki kerana bahagian kita sudah disediakan awal-awal lagi sebelum kita lahir. Perhatikan sahaja, haiwan yang tidak berdaya sekalipun, diberi bahagian rezekinya oleh Allah. Cicak yang merayap, makanannya adalah nyamuk yang terbang bebas. Tidak ada yang tidak mustahil bagi Allah. Namun, kita jangan hanya goyang kaki dengan menanti rezeki jatuh dari langit. Walaupun rezeki kita sudah disediakan, usaha, strategi, kaedah dan ilmu adalah perlu bagi meraih rezeki yang Allah janjikan kepada kita.

Kekayaan di dunia ini bukanlah mustahil bagi sesiapa pun dan kekayaan itu bukanlah kekayaan harta semata-mata. Kaya itu adalah kaya ilmu, kaya usaha, kaya amal, kaya hati dan sebagainya. Allah menyediakan kemudahan bagi kita menjadi kaya di jalanNya. Allah maha adil kerana memberikan rezeki kepada sesiapa pun tetapi perlu berusaha ke arah itu.

Allah banyak memberi pengajaran kepada kita mengenai fenomena kejayaan di dunia ini. Lihatkan bangsa cina yang sekarang ini begitu berkuasa kerana kejayaan mereka dalam perniagaan kelas dunia. Lihat juga orang Jepun dan Korea dengan etika kerja mereka yang tinggi, dalam tempoh waktu yang tidak terlalu lama, mereka menjadi bangsa yang berjaya.

Setiap hari kita perlu berfikir bagaimana hendak membangunkan dakwah beriringan dengan membangunkan kekuatan ekonomi umat. Kekuatan ekonomi membuat kita tidak banyak bergantung kepada pihak lain ataupun sesama manusia. Kekuatan ekonomi juga tidak bererti tanpa kekuatan ilmu dan akhlak. Semuanya saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Tuesday, January 4, 2011

Hai-O Biozone Food Purifier (PAKAR MengHAPUSkan Pembawa Virus Kanser - Keajaiban Dalam Sekelip Mata)

 Testimoni Terkini - Hakikat Jus Sunquick Yang Menjadi Kegemaran Ramai.

 

 Foto 1 menunjukkan warna kuning asli SEBELUM di purifier 
Biozone Food Purifier.




Foto 2 menunjukkan pertukaran warna kuning asli menjadi jernih SELEPAS proses purifier Biozone Food Purifier.

Biozone Food Purifier sangat HEBAT dan LUAR BIASA sehingga dalam masa beberapa minit dapat menghilang segala bahan kimia yang terkandung di dalam minuman harian kita. Kita perlu sedar tentang perkara ini memandangkan kehidupan seharian terdedah dengan pelbagai jenis penyakit zaman moden yang kadang kala tidak kita ketahui. 

Kesedaran seperti ini mungkin boleh bermula dari rumah hanya dengan memiliki 1 unit Biozone Food Purifier demi kesihatan secara menyeluruh. Bukan sahaja minuman yang boleh melalui proses ini tetapi daging, ayam,  sayur, ikan, buah-buahan dan sebagainya boleh dibersihkan dalam masa yang sangat singkat untuk tahap kesihatan yang berpanjangan.

Tidak rugi melabur untuk 1 unit Biozone Food Pirufier  bagi kepentingan jangka masa panjang seisi keluarga. Hidup kita dipenuhi dengan pelbagai jenis penyakit terutama dalam makanan dan minuman kerana itulah agen pembawa penyakit. Dalam setiap makanan dan minuman terkandung pelbagai bahan kimia yang mengundang penyakit kanser, jantung, usus tersumbat, buah pinggang, lumpuh dan sebagainya. Miliki produk HEBAT tersebut HARI INI bukan ESOK.

Friday, December 31, 2010

Kejayaan Tahun 2010 DiPegang Teguh, Kejayaan 2011 DiGapai Genggam

Tahniah kepada semua pejuang HEBAT Taipan 181 kerana melalui pahit getir perjuangan perniagaan bersama. Segala rintangan yang dihadapi KELMARIN  memungkinkan kemenangan kita ESOK. Yang pasti Akademi Taipan sentiasa menyediakan BIMBINGAN kepada sesiapa yang ingin berjaya. Jangan difikirkan kekecewaan tahun 2010 kerana semuanya tersimpan seribu hikmah yang menjanjikan kemanisan bagi mereka yang mencari kebaikan. 

Harus difikirkan tentang kejayaan ESOK dan tindakan yang akan dilakukan untuk mengharungi segala cabaran tahun 2011. Jangan disangkal kemungkinan tahun 2011 menjadi titik tolak perjuangan kita berada di kemuncak janji BUAT, BUAT dan terus BUAT. MENGELUH bukan jalan penyelesaian kepada menangani masalah dalam perniagaan. 

Bekerja keras bukan penentu kepada kejayaan tetapi bekerja secara bijaksana jalan menuju kepada kejayaan. Ramai yang bekerja keras tetapi kurang bijak menangani masalah hingga kadang kala 'tersungkur'. Ramai juga yang bekerja keras dengan bijaksana tetapi kadang kala 'tersungkur namun golongan ini cepat bangkit untuk meneruskan perjuangan perniagaan.

Dekatkan diri kita kepada Akademi Taipan 181 kerana disitulah kita dididik menjadi usahawan yang bekerja keras secara bijaksana. Hasilknya pasti menimbulkan saat kepuasan sebenar bersama rakan kongsi. Perniagaan ini MUDAH dan INDAH bagi mereka yang benar-benar mendekatkan diri bersama Akademi. Tidak ada yang nampak susah dan payah kerana jiwa sudah dididik menjadi pahlawan kental.

Bagi mereka yang menjauhkan diri dari Akademi Taipan 181 tiada yang MUDAH dan INDAH melainkan segalanya nampak SUSAH kerana minda tidak dididik menjadi usahawan berjaya tetapi ditanam dengan jiwa usahawan mengeluh tanpa usaha. Pertimbangankan untuk berjaya bersama Akademi atau GAGAL bersama diri sendiri tidak mahu dipimpin bersama.

Friday, December 24, 2010

Akademi Taipan 181 : Pengukuhan Demo MUDAH BiozoneFoodPurifier







Tanggal 25hb Disember tarikh keramat untuk menyambut Krismas. Bagi kami usahawan Akademi Taipan 181, tarikh ini kami gunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan taraf hidup sejajar dengan dengan kenaikan harga barang yang melampau kini. Sesiapapun perlukan pendapatan lebih hari ini berikutan dengan cabaran taraf hidup semakin menjadi jadi sejak akhir-akhir ini. 

Atas keprihatinan itu, Akademi Taipan 181 bertanggungjawab mengadakan Kelas Pengukuhan akan diadakan esok 25hb Disember 2010 jam 9.30 pagi bertempat di Pekan Saratok, Sarawak bersama DDM Kunaini Bin Bohri. Tujuan Pengukuhan ini diadakan untuk mendedahkan usahawan baru dengan produk terhebat Hai-O Marketing Biozone Food Purifier dan demo mudah menggunakan produk baru ini. 

Selain itu, usahawan baru juga didedahkan dengan cara mengatasi setiap cabaran yang bakal ditempuhi sepanjang berdemo menggunakan produk ini. Tidak ketinggalan membincangkan tentang cara fight untuk melancong percuma ke Hong Kong.

Sunday, December 19, 2010

Hai-O Jus Spirulina


Produk hebat ini sesuai untuk mereka yang mengalami masalah asma dan sesuai untuk semua lapisan umur termasuk kanak-kanak berdasarkan testimoni nyata. Untuk keterangan lanjut sila layari laman facebook KUNAINI BOHRI. Terima kasih.

Hai-O Biozone Food Purifier


Produk ini mampu menyingkirkan bahan kimia yang terdapat di dalam makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ayam, daging dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut sila layari laman Facebook KUNAINI BOHRI.Terima kasih.