Ini adalah testimoni terkini yang saya dapat balik dari kampung beberapa hari yang lalu. Ini adalah gambar betul yang membuktikan kehebatan baja Ezygrow keluaran syarikat yang mendapat pengiktifaran Superbrand. Ramai saudara mara di kampung tidak percaya pada mulanya tetapi apabila melihat sendiri hasilnya banyak tempahan diterima. Alhamdulillah syukur..... Tunggu dan lihat pula bukti yang seterusnya untuk kelapa sawit dan sayur-sayuran. Gambar sebelum sudah diambil kena tunggu gambar selepas.
Saturday, March 19, 2011
Wednesday, March 9, 2011
Bioaura - 9 Pengiktirafan ANTARABANGSA Kualiti Air Dunia....Siapa kata TIPU??
Antara ciri-ciri manusia melayu yang gagal akan mencari kesalahan org lain bukan kesalahan diri sendiri. Artikel yg dangkal macam ini pun boleh percaya.Bukan semua melayu boleh mudah di tipu bulat2...Kejayaan dan kualiti bioaura memang diakui sebab itu ramai yg pilih bioaura..tidak cukupkah dengan 9 pengiktirafan kualiti air yang di hasilkan bioaura dalam dan luar negara yg menunjukan kualiti bio aura...Takkan sirim pun nak tipu melayu, superbrand pun nak tipu melayu, BAYER pun nak tipu melayu...
Hanya yang bodoh dan bangang saja mudah kena tipu....Artikel ini sgt bodoh dan tidak ilmiah...adakah kita patut di bandingkan dengan air zamzam dan suruh minum air zam zam selalu.Ingat murah ke tambang nak ke Mekah bawa balik air zamzam.Kalau ada di malaysia pun ingat boleh beli dengan harga seringit 500ml ke? Satu lagi di mana hukum haram meniaga dgn bukan islam...sahabat nabi pernah beli perigi dari orang yahudi...nabi berdagang dan meniaga d Syam dgn semua org islam ke? Orang islam buka resoran atau kedai runcit semua barang org islam buat ke...kicap susu, telur sardin maggi,,garam...biskut roti,,,minyak...semua org islam buat ke....
Lagi satu cerita bab kuman dlm air....kata tak logik air tak masak boleh terus minum...air di malaysia telah di rawat dgn klorin utk bunuh kuman...SYABAS telah umumkan airnya boleh terus diminum kerana kuman telah dihapuskan. Lagipun hari ini semua jenama penapis air termasuk yg harga 500 atau 50 pun kata tak perlu masak boleh terus minum air...dan kita tak pernah lagi dengar org mati minum air dari penapis air. Bila belajar tak habis macam ni ayatnya.....Hari ini manusia celik ilmu dan maklumat. Setiap perkara yang di tulis pasti ada org mengkajinya....teknologi makin canggih, kita yg ketinggalan zaman.
Di negara maju, air boleh terus minum dari paip. Teknologi bioaura ramai yg tak tahu tapi yang tahu pasti teruja.Dalamnya ada 6 balang rahsia keajaiban ciptaan tuhan yang di gunakan oleh akal manusia utuk kebaikan semua. Dalamnya terdiri daripada carbon aktif yg dibuat dari tempurung kelapa untuk menyahbau dan menyikngkir toksin serta menghalang kuman dan bakteria dari melepasinya dan ada microball infra red yang banyak terdapat di afganistan dan salah satu bahan untuk mencipta nuklear. Fungsinya ialah membunuh dan menghapuskan bakteria. Dengan tekonologi NANO molekul air dipechkan kepada 0.000000009nm....yg menghasilkan air berakali dgn nilai ph 8.3..(rujuk report test sirim..kalau tak betul report polis) . Air normal 7...rendah pd tujuh asid..lebih pd tujuh alkali..air rasa payau mcm air zamzam kerana air zamzam nilai alkali lebih daripada 9ph sebab itu zamzam berkhasiat. Orang yang cerdik dan ada ilmu sains pasti tahu kuman dan bakteria tak boleh hidup dlm air beralkali.
Pelan pemasaran adalah strategi bisnes. Sapa yang rajin dan ambik peluang dia akan dapat hasil. Siapa yang malas dan bodoh cari peluang negatif untuk menjatuhkan org lain. Orang jatuh dia pun tak naik-naik juga. Itulah nasib bangsaku yang menyebabkan melayu sampai bila-bila pun tak akan maju dan hanya rasa diri hebat dan pandai dalam bisnes. Walhal kita nak beli paku sebatang pun nak kena beli dengan cina. Mulai hari ini kita gerakan melayu maju . SAY NO tu Melayu negatif dan jumud serta bebal yang boleh melemahkan sesama melayu. Jangan ulangi sejarah kejatuhan Melaka, bangkitlah kita hapuskan pengkhianat melayu.
Sunday, March 6, 2011
Monday, February 21, 2011
Cara TERBAIK Ketika Tarik Prospek.
Sewaktu kita membuat persembahan, kita mahu mesej kita dapat disampaikan kepada prospek dan pelanggan. Mereka adalah audiens kita. Jika mesej tidak sampai, amat sukar bagi kita mendapatkan kata sepakat dan persetujuan menjual atau menaja mereka. Saya kongsikan 10 rahsia sewaktu membuat persembahan jualan atau penajaan berdasarkan pengalaman sendiri :-
1. Kenal Audiens.
Kita mesti tahu siapa audiens kita. Periksa dan siasat latar belakang mereka. Audiens tidak sama antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Sebagai contoh, apabila kita sedang membuat persembahan kepada audiens yang berpendidikan tinggi, kita perlu memberikan persembahan secara profesional dan tinggi aras penerangan kita. Walau bagaimanapun, jangan tinggalkan tabiat memberikan kemudahan untuk mereka fahami. Namun, apabila kita sedang membuat persembahan jualan di felda atau kilang, kita harus turunkan aras kita. Apabila terlalu tinggi nanti kita hanya syok sendiri, sedangkan audiens langsung tidak faham.
2. Untuk Mereka.
Dalam penerangan kita, kena melibatkan apa yang boleh kita selesaikan untuk mereka, apa yang boleh kita berikan untuk mereka dan apakah keistimewaan yang kita hendak tunjukkan kepada mereka. Fokuskan kepada mereka dan bukannya diri kita. Penerangan yang memfokuskan mereka menyebabkan audiens merasa seolah-olah sedang melihat diri mereka sendiri.
3. Skill Yang Dilatih.
Kita perlu berlatih setiap hari. Buat latihan sehingga kita betul-betul rencam dengan cara mempengaruhi audiens. Semakin banyak kita membuat latihan, semakin berkualiti dan semakin meningkat kebolehan dan bakat kita. Setiap penerangan adalah pengalaman. Kita boleh gunakan untuk penerangan yang berikutnya pada audiens yang lain. Lama-kelamaan, kita memiliki pengalaman yang luas dan persembahan kita semakin menarik dan berkualiti.
4. Kuasai Audiens.
Belajar menguasai audiens. Kita yang berada di depan mereka, kita yang bertanggungjawab untuk membuatkan mereka sentiasa setia menonton persembahan kita. Gunakan kemahiran berkomunikasi dengan audiens. Jika ada tentangan, hadapi dengan tenang dan sabar. Jangan bertelagah dengan mereka. Sebaliknya, gunakan perkataan yang lembut dan beradab.
5. Tunjukkan.
Apabila kita menerangkan tentang produk, tunjukkan produk kita. Apabila kita sedang menerangkan pelan pemasaran, tunjukkan pelan pemasaran dengan menulis di kertas. Tunjukkan juga contoh-contoh orang yang pernah menggunakan produk kita. Testimoni amat berkesan bagi mempengaruhi audiens.
6. Dekati Audiens.
Cuba kita dekati audiens. Jadikan diri kita ramah dan seolah-olah sudah lama mengenali mereka. Pembeli tidak membeli dari orang yang tidak mereka kenali atau rapat. Walaupun kita baru berkenalan, jadikan seolah-olah kita adalah rakan mereka yang paling karib dan rapat.
7. Cerita.
Apabila mahukan prospek lebih berminat dengan persembahan kita, gunakan cerita. Pelanggan dan prospek tidak gemar fakta. Mereka membeli kerana emosi. Melalui cerita, kita boleh jangkitkan emosi kepada mereka. Sebagai contohnya, apabila kita menjual barangan kecantikan, gunakan cerita orang yang pernah cantik kerana menggunakan produk kita.
8. Buat Jenaka.
Jenaka amat penting untuk memberikan hiburan kepada prospek. Suasana yang serius tidak akan menarik perhatian mereka. Gelak ketawa dan jenaka yang menghiburkan menambahkan lagi rasa dekatnya mereka dengan kita. Apabila prospek ketawa kita sudah pun menguasai mereka.
9. Bertanya.
Tujuan kita bertanya sebenarnya bukan untuk menduga prospek. Namun, tujuan kita bertanya adalah untuk memberikan mereka respons kepada pertanyaan mereka dan kita sendiri yang berikan mereka jawapan daripada pertanyaan mereka. Contohnya "Tahukah kita, ada orang yang berpendapatan RM 100,000 sebulan?" Pertanyaan kita itu membuatkan prospek berfikir dan kita berikan segera jawapannya. "Sebenarnya memang wujud orang yang berpendapatan RM 100,00 sebulan."
10. Berikan Alasan.
Kita cari alasan, mengapa mereka perlu beli produk kita segera. Kita berikan alasan mengapa mereka perlu menyertai perniagaan MLM dan kita cari alasan mengapa mereka akan rugi jika tidak terlibat dalam MLM. Alasan yang kita berikan menyebabkan prospek berfikiran seperti kita dan coraknya juga seperti kita.
Saturday, February 19, 2011
Ramai Orang Tanya Macam Mana Nak Memulakan Perbualan.
Ramai usahawan MLM menghadapi masalah untuk memulakan perbualan. Bagi mereka, hendak sebut syarikat MLM, produk MLM dan peluang MLM adalah sukar.
Apabila berbual mengenai kekasih, berbual mengenai keburukan orang lain, berbual pasal artis tidak sukar. Pelik jugak. Sebenarnya memulakan perbualan untuk kita memasukkan perniagaan MLM, produk MLM dan syarikat MLM tidak sesukar seperti yang disangkakan. Ia menjadi sukar kerana kita tidak buat. Cuba anda buat sekali pasti menjadi.
Setiap masalah ada kunci penyelesaiannya. Sebenarnya untuk memulakan perbualan JANGAN berbual tentang MLM lagi. Jangan berbual tentang diri kita. Lebih tumpukan kepada diri MEREKA. Perbualan berkisar tentang MEREKA dahulu dan bukannya kita. Cuba imbas balik cara kita memulakan perbualan suatu ketika dahulu.
Dalam dunia ini ada dua jenis manusia iaitu manusia yang kita boleh tolong dan manusia yang kita langsung tidak boleh bantu. Manusia yang kita tidak boleh bantu adalah terdiri daripada manusia yang berkedudukan tinggi, berpendapatan tinggi dan kehidupan serba mewah. Tiada gunanya kita menerang tentang perniagaan MLM kepada mereka.
Misalnya ahli korporat yang berniaga berjuta-juta. Apabila kita cuba hendak menaja diibaratkan seperti mencurah air di atas daun keladi. Lebih baik kita jadikan mereka sebagai pembeli setia produk syarikat kita. Tapi jangan sekali-kali membuat keputusan terlalu awal kerana orang macam inilah 'lubuk' untuk mendapatkan 'contact number'. Tak salah berhubung dengan golongan ini kerana pintu rezeki pasti mencurah-curah macam mereka. Siapa tahu?
Orang yang boleh kita tolong adalah orang yang menghadapi masalah kewangan, masalah kerja, masalah dengan bos, masalah tiada rumah, masalah tiada kenderaan serta 1001 masalah yang melibatkan ekonomi. Kita juga boleh membantu mereka yang ada impian hendak menunaikan fardhu haji, umrah dan melancong. Selain daripada itu, kita juga boleh selesaikan mereka yang ada masalah kesihatan. Kita boleh memulakan apa sahaja tajuk perbualan. Pastikan semua perbualan itu bercerita tentang diri MEREKA. Tajuk perbualan tidak kira politik, ekonomi, sosial, kewangan serta apa sahaja. Apabila ada sahaja ruang yang baik untuk kita memperkenalkan perniagaan kita, baru kita boleh menceritakan tentang MLM. Berikut adalah contoh permulaan perbualan :-
1. Apakah pekerjaan saudara?.....ini adalah permulaan perbualan yang paling mudah dan senang.
2. Seterusnya selepas prospek memberitahu tentang pekerjaannya, kita boleh meneruskan lagi menyoal "Selepas bergiat lama dalam bidang itu, apakah saudara berpuas hati dengan pendapatan saudara? Jika prospek menjawab tidak berpuas hati, kita boleh meneruskan dengan berkata " Saya ada satu rahsia yang boleh membuatkan kita berpuas hati dengan pekerjaan, pendapatan dan masa".
3. Kita juga boleh memulakan perbualan dengan bertanya "Berapa bilangan anak saudara?". Selepas prospek memberitahu bilangan anaknya, kita katakan "Adakah kita boleh dan mampu menghantar anak kita belajar ke Universiti semuanya?. Apabila soalan kita itu dijawab dengan kata tidak, kita boleh katakan "Saya ada rahsia bagaimana saudara boleh menghantar anak saudara ke luar negeri sekaligus semua. Apabila sahaja prospek bertanya lagi bagaimana? Kita katakan saudara hanya perlu tukar kedai iaitu daripada kedai X kepada syarikat (nama syarikat kita). Kemudian saudara boleh menyarankan kepada orang lain untuk tukar kedai. Begitu seterusnya apabila orang lain itu pula melakukan perkara yang sama dengan saudara, saudara boleh mendapat bonus hingga ribuan ringgit".
4. Ada juga yang bertanya "Saudara, tahukah pekerjaan yang boleh memberikan kita pendapatan lumayan dan jika kita meninggal dunia, pendapatan itu boleh diwarisi oleh keluarga kita?". Soalan ini juga boleh ketengahkan sewaktu kita berada dalam pertengahan perbualan dengan prospek. Seterusnya apabila prospek hendak tahu apakah pekerjaan itu, jelaskan "Kita hanya perlu beli barangan daripada syarikat dan bercerita kepada orang lain serta mereka lakukan seperti kita. Apabila perkara yang sama dilakukan oleh mereka, kita boleh mendapat pendapatan yang lumayan dan sekaligus jika kita meninggal dunia, pendapatan itu boleh diwarisi oleh keluarga kita".
5. Ada juga yang menggunakan kaedah yang berikut "Saudara dalam hidup kita mesti ada pejabat, kedai membeli belah dan rumah. Kita tidak payah dan tidak perlu tukar pejabat dan tukar rumah. Kita hanya perlu tukar kedai. Ya, dengan membeli barang di kedai syarikat 'Y' dan menyarankan orang lain melakukan perkara yang sama. Apbila dapat bonus hingga bonus itu meningkat, baru saudara boleh tukar pejabat dan rumah dengan tidak perlu lagi ke pejabat dan tukar rumah daripada hanya rumah kecil kepada rumah mewah".Saya rasa banyak lagi teknik dan cara-cara perbualan yang boleh menarik prospek. Tidak kira apakah tekniknya, asalkan ianya boleh membuka minda prospek dan menjadi salah satu seorang downline kita.
Sebenarnya banyak lagi cara spontan yang untuk memulakan bicara kita. Kalau dibuat dalam bentul ayat memang nampak susah. Mahu tidak mahu kita kena demo setiap hari baru 'skill' kita akan jumpa. Apa sahaja kaedah yang dikongsikan kalau tidak dimulakan dengan diri KITA memang akan jadi payah. Cuba sendiri baru kita kenali POTENSI diri.
ASAM GARAM DALAM PERNIAGAAN MLM : Elak Tersalah Sasaran Tapi Tak Salah Mencuba.
Semangat Pejuang Tak Pernah Padam
Seminar Fight To CDM 2011
Kita cuba jual produk kepada orang yang tidak perlukannya, kita cuba menaja dengan orang yang sangat tidak berminat dan kita cuba servis dengan downline yang langsung tidak ada komitmen. Bukan tidak boleh tetapi fokuskan kepada perkara yang sangat-sangat penting dahulu.Mungkin kita boleh datang kepada golongan ini kemudian. 'Dahulukan yang PENTING dan pentingkan yang DAHULU.
Buat apa kita membuang masa semata-mata kita hendak berjaya dalam MLM dengan golongan ini. Cari orang lain yang ada KEINGINAN sama macam kita. Kalau boleh cari yang mempunyai impian yang lebih besar daripada kita. Contohnya orang lain yang ada keinginan hendak membeli produk kita, ada keinginan untuk mengubah hidup melalui MLM dan ada keinginan untuk berjaya selepas menjadi downline kita.
Biasanya, seseorang yang baru bekerja dan lepasan pengajian tinggi adalah orang yang bersikap negatif untuk ditaja. Mengapa? Ini kerana mereka belum lagi didedahkan oleh masalah kewangan dalam kehidupan dan belum lagi ada tanggungjawab serta komitmen yang tinggi dalam apa-apa saja bidang. Tapi kita jangan buat keputusan terlalu awal kerana mereka ini tidak salah sekiranya dikongsi peluang untuk berjaya. Mungkin mereka pelapis 'berbisa' yang kita cari selama ini. Tonjolkan potensi mereka.
Begitu juga jika kita berfikiran apabila kita berjaya taja lebih ramai downline yang berpendidikan tinggi, berkedudukan tinggi dan berpengaruh tinggi. Ini adalah pemikiran yang salah. Perniagaan sebegini tidak mensyaratkan pendidikan tinggi sebagai tiket atau pemangkin untuk kejayaan. Malahan, orang yang buta huruf pun boleh jadi jutawan MLM. Jangan sekali-kali membuat keputusan terhadap diri seseorang. Tidak salah berkongsi peluang dengan orang berkedudukan tinggi kerana kita mahukan 'contact number' daripada golongan ini.
Lihat sikap seseorang apabila diperkenalkan dengan perniagaan MLM. Adakah mereka sukakan hubungan persahabatan sesama manusia? Adakah mereka suka membantu sesama sendiri? Adakah mereka memfokuskan kepada kualiti dan nilai tinggi atau memfokuskan wang? Adakah mereka menduplikasi skill yang telah diajar? Adakah mereka membina dan 'maintain' dalam komunikasi dan mengekalkan hubungan yang baik dengan orang lain dalam jangka masa panjang?
Ini adalah ciri-ciri yang baik pada seseorang yang boleh diprospek dan ditaja. Selepas itu, baru kita boleh merekrut mereka dengan menduplikasi setiap cara, teknik dan sistem yang kita jalankan. Di sinilah perniagaan kita bermula. Akademi Taipan akan membentuk kita menjadi usahawan seperti mana yang sudah dilahirkan sebelum ini. Untuk berjaya kita perlukan ILMU. Semuanya Akademi Taipan sediakan untuk usahawan baru, sedia ada dan lama. Perniagaan ini memerlukan kita membina satu suasana yang sangat HEBAT untuk mewujudkan hasil yang LUAR BIASA hebat. Di mana kita nak dapatkan ilmu? Di mana kita nak wujudkan suasana perniagaan? Di mana kita nak kekalkan momentum yang kadang-kadang hilang? Di mana kita nak berkongsi pengalaman naik turun? Dimana kita nak jumpa orang-orang positif? Jawapannya di AKADEMI TAIPAN 181.
Saturday, February 5, 2011
Biozone Food Purifier : Hakikat Ayam HARI INI - Mengandungi pelbagai jenis bahan kimia (agen kanser) penyebab pelbagai jenis penyakit hari ini seperti kanser, jantung, buah pinggang dan sebagainya.
BIOZONE FOOD PURIFIER
TERNYATA BERKESAN MENGELUARKAN BAHAN KIMIA.
FOTO 1 : Ayam kampung disembelih.
FOTO 2 : Ayam kampung ke-2 di sembelih.
FOTO 3 : Darah ini pasti mengalirkan sedikit bahan kimia tapi tidak semua.
FOTO 4 : Proses Purifier dengan Biozone Food Purifier SEBELUM.
FOTO 5 : Proses purifier dengan Biozone Food Purifier SELEPAS 10 minit. Bahan kimia dapat dikeluarkan.
FOTO 6 : Proses purifier dengan Biozone Food Purifier SELEPAS 20 minit. Bahan kimia dapat dikeluarkan semua.
AWAS pemakanan kita HARI INI. Ayam yang bebas tinggal di kampung terkandung bahan kimia tepu di dalam badan apatah lagi ayam daging yang diternak. Ayam jenis ini diternak dan tinggal bersesak di dalam kandang dalam kuantiti yang banyak. Ayam biasanya membesar dalam tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan dan sesuai untuk di makan. Ayam yang berada di pasaran hari ini cukup cepat dan SEGERA untuk dipasarkan. Seolah-olah tidak sabar untuk diratah oleh semua lapisan masyarakat. Cuba bayangkan ayam yang sepatutnya membesar dalam tempoh 3 bulan boleh dimakan dalam masa 23 hari sahaja. Ada sesuatu yang tersembunyi yang kita tidak ketahuai sebagai pengamal makanan hari ini. Persoalannya ialah adakah ayam daging yang kita makan selamat, bersih, sihat atau sebaliknya?
Timbul tanda tanya tentang kualiti dan cara binatang ini dijaga dan diternak. Dalam sebuah kandang yang agak besar terdapat beribu ekor ayam di tempatkan. Di sinilah ayam tersebut makan,minum, tidur, buang air dan dirawat. Suasana seperti ini mungkin tidak selesa untuk tumbesaran ayam daging. Makanan yang disajikan hanyalah baja dan sumber protien lain. Bagi mengelak pelbagai jenis penyakit akibat hidup sesak di dalam kandang, ayam ini disuntik dengan antibiotik . Selain itu, ayam daging ini terpaksa disuntik hormon untuk mempercepatkan proses tumbesaran. Hal ini berlaku disebabkan permintaan pasaran terlalu tinggi terhadap ayam daging.
Hormon yang disuntik untuk proses tumbesaran sudah pasti terkandung 1001 bahan kimia yang akan KEKAL di dalam badan ayam ini. Bahan kimia ini tidak boleh dicuci hanya menggunakan air sahaja. Bahan kimia ini kekal sebagai lemak tepu dan tidak dapat dicairkan walaupun dibakar atau dimasak. Ayam daging yang mengandungi bahan kimia inilah yang kita makan setiap hari dalam pelbagai menu seperti ayam kari, ayam kicap, ayam merah, ayam kurma, ayam kunyit, rendang ayam dan sebagainya dan kekal di dalam perut kita. Bayangkan berapa banyak ayam sudah kita jamah dalam santapan setiap hari tidak kira pagi, petang, siang dan malam? Lemak tepu itu akan berkumpul di dalam usus besar dan kecil dan tidak mampu dihadam kerana bahan kimia ini tidak akan hancur.
Maka wujudlah pelbagai jenis penyakit yang biasa kita dengar seperti kanser, usus, buah pinggang, jantung, gastrik, migrain, paru-paru dan sebagainya. Sumber segala penyakit hari ini adalah berpunca dari makanan dan minuman yang kita ambil setiap hari. Atas dasar itulah pihak syarikat gergasi Hai-O Marketing mencetuskan fenomena baru dalam dunia perniagaan dengan terciptanya produk yang LUAR BIASA HEBAT Biozone Food Purifier. Fungsi alat ajaib ini ialah mengasingkan dan mengeluarkan semua bahan kimia yang terkandung di dalam makanan sebelum dimasak seperti ayam, daging, sayur, buah-buahan dan ikan. Selain itu, terdapat pelbagai fungsi lain yang mampu mewujudkan suasana kesihatan dalam kehidupan seharian seperti membasmi kuman yang terdapat di dalam peti sejuk, mencuci muka yang bermasalah jerawat, melembap kulit kering di kaki dan sebagainya.
Miliki produk hebat tersebut hari ini demi kesihatan sepanjang hayat. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Masakan sudah terhantuk baru nak terngadah. Sediakan payung sebelum hujan dan pastikan keluarga kita mengamalkan cara hidup sihat bermula daripada amalan pemakanan tanpa bahan kimia. Semuanya bermula dengan Biozone Food Purifier.
Subscribe to:
Posts (Atom)
